REVIEW DAN SINOPSIS : THE KING OF PIGS

REVIEW DAN SINOPSIS : THE KING OF PIGS | Rating 8\10 . Drama ini tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan mereka yang dibawah umur 18 tahun. Drama ni juga mengandungi unsur keganasan melibatkan, buli ,babak ganas dan pelanggaran undang-undang.



Mula-mula tonton drama ni macam bosan saja. Mungkin sebab aku tonton dibulan puasa jadi mengantuk la. Tapi kau sabar jap. Layan je sampai minit ke 30 baru kau nampak dia punya jalan cerita menarik.

Aku memang peminat drama-drama lakonan Kim Dong Wook.  Memang suka dengan lakonan dia. Cara dia bercakap tu yang aku suka. watak jahat ke, watak budak nakal je, watak romantik ke semua aku ok je. Kali ni dia bawa watak seorang yang mengalami masalah mental.

Sebab tu bila keluar drama ni memang aku kena tengok.



Drama The King Of Pigs ini sebenarnya adalah remake dari satu filem animasi tahun 2011 dengan tajuk yang sama. Yang animasi tu aku pun tak pernah tengok. Layan drama je la.

Selain Dong Wook, pelakon lain pun beri kesan untuk drama ni jadi menarik. Terutamanya Kim Sung Kyu yang memegang watak sebagai kawan baik kepada Kyung Min. Tapi aku  akui jalan cerita drama ni yang buat drama ni memang best disamping lakonan yang mantap.

Drama ni kalau tayang kat netflix comfirm meletop lagi2 kalau di netflix tak de babak sensored .Kan? Mungkin lebih nampak kejam.

Sinopsis Kdrama The King Of Pigs

20 tahun yang lalu , Hwang Kyung Min sering menjadi  mangsa buli Ahn Jung Hee dan rakan-rakan nya yang nakal disekolah. Dia juga sering dilayan dengan buruk oleh ayah nya. Disekolah dia rapat dengan Jung Jong Suk. 



Hanya Jong Suk lah kawan yang melayan nya dengan baik dan Jong Suk juga sangat mengambil berat tentang Kyung Min. Namun Jong Suk tidak mengetahui Kyung Min selalu menjadi mangsa buli disekolah sehinggalah mereka berada didalam kelas yang sama. Melihat Kyung Min dibuli dihadapan nya membuatkan dia sangat kesal dan perkara tersebut sering menghantuinya.

Disebab kan tekanan dalam hidup Kyung Min , dia mengalami trauma yang teruk. Selepas habis belajar dia menjadi CEO disebuah syarikat pengangkutan dan berkahwin. Kehidupan rumahtangga nya sangat bahagia dan isterinya sentiasa membantu Kyung Min agar sembuh dari rasa trauma nya.



Namun satu hari , isterinya bertindak memasuk kan ubat tidur didalam minuman Kyung Min dan memutuskan untuk membunuh diri bersama-sama Kyung Min kerana dia  tahu Kyung Min sebenarnya masih belum bebas dari traumanya.  Kyung Min tersedar dari tidur dan mendapati isterinya tidak sedarkan diri . 

Dia cuba menyelamatkan isterinya namun gagal. Disebabkan itu dia memburu semua yang pernah membulinya dan membunuh mereka dengan kejam.

Pelakon The King Of Pigs

Kim Dong-Wook - Hwang Kyung-Min

Kim Sung-Kyu - Jung Jong-Suk

Chae Jung-An - Kang Jin-A

Han Soo-Yeon - Park Min-Joo

Catat Ulasan

0 Ulasan