GENG PLASTIK HITAM BAKAL DI MANDIKAN SEPERTI JENAZAH JIKA DITANGKAP PONTENG PUASA

GENG PLASTIK HITAM BAKAL DI MANDIKAN SEPERTI JENAZAH JIKA DITANGKAP PONTENG PUASA| MELAKA: Ketua Menteri Melaka memberi amaran pada semua para peniaga yang diberi kebenaran untuk memulakan operasi perniagaan pada 2.00 petang sepanjang Ramadan ini agar tidak bersubahat dengan individu yang ponteng puasa atau geng 'plastik hitam’.







Ketua Menteri Sulaiman Md Ali menjelaskan lagi, para peniaga seharusnya menggunakan peluang tersebut untuk berniaga sepanjang ramadhan dengan amanah malah menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam memantau individu yang ponteng puasa

“Kita sudah berikan kebenaran berniaga, jadi hormatlah bulan yang mulia ini. Kedua-dua pihak jangan ambil kesempatan.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas individu yang ponteng puasa dan juga peniaga yang bersubahat.

“Jika ditahan, mungkin kali ini kita akan mandikan mereka seperti jenazah,” katanya kepada para pemberita selepas merasmikan pembukaan Premis Perniagaan Ar Rahnu Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka di Taman Bandar Baru, Masjid Tanah di Alor Gajah.


Katanya lagi, pemantauan berterusan dan lebih ketat akan dilakukan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), dengan penguatkuasan undang-undang yang tegas di restoran atau peniaga makanan yang membenarkan orang Islam makan dalam premis mereka.

Dalam pada itu Encik Sulaiman turut mengingatkan peniaga bazar Ramadan supaya jangan menaikkan harga jualan, walaupun berdepan dengan kenaikan harga bahan mentah di pasaran.

“Juallah pada harga berpatutan. Cuba rendahkan kadar harga dan sudah pasti ramai yang akan beli,” katanya.

Catat Ulasan

0 Ulasan