RESEPI LAKSA UTARA YANG PALING SEDAP GUNA IKAN KEMBUNG

RESEPI LAKSA UTARA YANG PALING SEDAP GUNA IKAN KEMBUNG | Assalamualaikum.. Boleh dikatakan setiap bulan sekali dua mesti kena masak laksa. Kesukaan anak-anak dan suami. Laksa utara ni ada dua jenis. Satu yang guna cili kering dan atu lagi guna cili hijau yang kecil-kecil tu. Tapi Kali ni saya buat guna cili kering je




Saya dah lama tak masak laksa. Tapi kelmarin maisara minta ayah dia beli laksa kat pasar malam.. Padahal dah jam 7 malam.. Mana sempat sebab nak ke masjid lepas tu. Nama pun pasar malam..jenuh la nak mencari parking nanti.. last2 ayah cakap suruh ibu masak je la.. ibu jugak jadi mangsa ye..heheheh


Tak susah pun nak membuat laksa ni lagi-laagi kalau korang memang dah selalu buat. Nak merebu laksa pun tak la lama sangat. Korang ikut je tips rebus laksa cepat lembut ni.



Resepi Laksa Utara Paling Sedap
Sebenarnya untuk 1 kg ikan kembung ni korang boleh buat untuk 2 bungkus laksa. Aku tak berapa suka laksa yang kuah nya terlalu pekat sampai sampai nampak macam tepung nak jemput2 pulak. Hahaha..


Aku suka laksa yang kuah nya tak cair dan tak pekat. Biasa-biasa saja. Macam gambar laksa aku kat atas tu. Kalau korang nak cuba resepi laksa utara aku ni, silakan ambik resepi dan silakan berkongsi dengan orang lain.


Nak resepi??
Jom tengok bahan2 nya..


Laksa satu bungkus
(Rendam beberapa jam sebelum di rebus
sampai lembut)
1 kg ikan kembung
10 biji bawang merah
10 tangkai cili kering.
Belacan
Daun kesom
Bunga kantan
Asam keping
Garam


Bahan B (dihiris halus)
Timun
Bawang besar
Daun salad
Limau kasturi
Telur
Cili padi





Cara-Cara buat kuah laksa yang sedap


1. Rebus ikan dan asingkan air nya dan ikan tu. Asingkan isi dan tulang ikan.


2. kisar isi ikan dan masuk kan dalam periuk air rebusan tadi.


3. Kemudian kisar tulang ikan pula. Tapi pastikan betul2 hancur dan tapis tulang ikan berulang kali baru lah dimasuk kan dalam periuk.


4. Kisar cili kering,bawang merah dan belacan.Masuk kan dalam air rebusan ikan .


5. Masuk kan dauk kesom,asam keping dan bunga kantan.Masak hingga mendidih dan masuk kan garam.





Dah siap masak hidang kan..Jangan lupa bubuh bahan2 B tu sebelum nak tuang kuah nya...


Selamat mencuba...

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan