ZIKIR DAN DOA UNTUK CEPAT KAYA, TERHINDAR DARI KEMISKINAN DAN BEBAS HUTANG

ZIKIR DAN DOA UNTUK CEPAT KAYA, TERHINDAR DARI KEMISKINAN DAN BEBAS HUTANG | Setiap manusia pasti mempunyai impian untuk menjadi kaya dan bebas dari hutang piutang. Jika tidak menjadi kaya , diberikan rezeki yang mencukupi dan dapat berkongsi dengan orang lain juga adalah sesuatu yang cukup mengembirakan.



Oleh kerana itu tidak salah jika kita juga meminta untuk menjadi kaya dan bebas hutang dalam setiap doa kita. Allah maha besar. Seperti apa sekali pun doa kita, jika diinginkan Nya, maka jadi lah ia.

Bebas dari hutang juga merupakan impian ramai dari kita. Dalam kehidupan sehari-hari kita tak kan lepas dari berhutang. Hutang rumah, kereta , pendidikan dan sebagainya. Walaupun hutang menjadi kebiasaan dan hampir semua orang mempunyai hutang, kita tidak boleh memandang ringan dengan hutang yang kita bawa kerana hutang kita akan dibawa sehingga ke akhirat jika tidak dilangsaikan.

Doa cepat kaya dan bebas hutang

Antara doa yang boleh dibaca bagi mereka yang ingin bebas dari hutang adalah doa yang diajar oleh Rasullullah agar bebas dari hutang dan menjadi kaya.


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ


Artinya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kebingungan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang-orang.”

Doa diatas boleh dibaca selepas solat . Cukup dibaca hanya sekali sahaja.Kemudian boleh lah disertakan dengan bacaan wirid di bawah sebanyak 40 kali.


Zikir Untuk Murah rezeki

Kita juga boleh mengamalkan bacaan zikir seperti dibawah :

 -Baca subhanallah 33x

- Baca Alhamdulillah 33x

-Baca Allahhuakbar 33x

-baca 

 33x إِنَّ هَـٰذَا لَرِزْقُنَا مَا لَهُ مِن نَّفَادٍ

(Inna haza larizquna maalahu minnafad – AQ 38:54.)

Moga bermanfaat untuk semua..




/>

Catat Ulasan

0 Ulasan