REVIEW DAN SINOPIS : GRID

REVIEW DAN SINOPIS : GRID | Rating 7/10. Kdrama yang baru saja disiarkan pada Februari 2022. Drama ni disiarkan di Disney+Hotstar dengan 10 episod. Drama yang menampilkan Seo Kang Joon yang membawa watak utama. Drama aksi dan Sci-Fi ini juga menampilkan ramai pelakon hebat lain yang menjadikan drama ni semakin hari semakin menarik.



Review Grid

Awalnya memang pening betul nak paham drama ni. Episod 1 tu memang kau tengok semata2 nak tunggu lena ja. 🤣. Masuk episod kedua saja² tambah pening. 

Bila masuk episod 3 ,kau baru dapat paham sikit je dan begitu lah seterusnya. Lama-lama drama ni baru nampak menarik. So kalau korang tonton drama ni harap bersabar. 

Tapi pelakon best dan jalan cerita yang lain dari yang lain tu la yang buat kita nak tengok. Jemu jugak la dok tengok drama cinta saja.😆

Awalnya aku bagi rating 5 \10 sahaja. Rating yang aku bagi tu cuma berdasarkan apa yang aku tonton sampai episod 3 je. Tapi ada jugak peminat Kang Joon yang tak puas hati dengan rating yang aku bagi tu. 

Jadi aku teruskan tontonan aku sampai ke episod 5 sebab aku yakin drama ni best macam yang dikatakan oleh peminat fanatik Kang Joon. Walaupun episod 5 drama ni semakin menarik tapi aku katakan masih ada kekurangan dan ada babak2 yang bosan di tonton. Mungkin pengarah nak menonjolkan sisi misteri pada drama ni sampaikan dah masuk episod 4 pun ada beberapa perkara yang penonton masih tak faham.



Sinopsis Grid

Tahun 1997 ada satu projek membuat Grid. Grid ni adalah satu lapisan luar berupa perisai yang ada medan magnet untuk melindungi manusia dari angin dan matahari. 

Lepas dah siap ,2004 grid ni dilancarkan untuk menutup lapisan sekeliling bumi. 

Tahun 1997 tu satu lembaga manusia muncul dan membunuh seorang lelaki depan anak dia. 

Sampai ke tahun 2021, lembaga tu tak dapat dikesan dan kini lembaga tu muncul lagi dan menyelamatkan seorang pembunuh bersiri .

Kim Sae Ha yang melihat kematian ayahnya didepan mata pada 24 tahun lalu tidak pernah berhenti mencari The Ghost, wanita yang membunuh ayahnya. 



Kemunculan sekali lagi lembaga misteri yang dikenali sebagai The Gost pada tahun 2021 membuatkan Kim Sae Ha dan Jung Sae Byeok ,seorang polis wanita terus mengesan dan menjejaki The Ghost dan mencari punca mengapa The Ghost berusaha menyelamatkan pembunuh bersiri tersebut dari dikesan pihak polis.

Pelakon Grid

Seo Kang-Joon - Kim Sae-Ha

Kim A-Joong - Jung Sae-Byeok

Kim Moo-Yul - Song Eo-Jin

Kim Sung-Kyun - Kim Ma-Nok

Lee Si-Young - ghost

Catat Ulasan

0 Ulasan