RESEPI PISANG GORENG RANGUP DAN SEDAP

RESEPI PISANG GORENG RANGUP DAN SEDAP  Malam tadi anak-anak request nak sarapan pisang goreng. Kebetulan ada pisang masih berbaki dalam peti sejuk. So dapat buat pisang goreng  untuk diaorang la pagi ni.




Anak-anak saya ni bukan jenis makan banyak. Jadi pisang 5 biji pun dah cukup untuk diaorang berdua.

Resepi Pisang Goreng Mesti Jadi


Selalunya kalau buat pisang goreng mesti tak jadi. Melekat kat kuali la, pisang lembik la, adunan tak melekat kat pisang la, macam-macam masalah..

Tapi kali ni saya buat ikut resepi dari blog kak Azie Kitchen. Dia siap buat video .Sebab tu yakin mesti jadi. Dan pisang goreng tu rangup sangat dan sedap. Anak pun suka siap bawak bekal pi sekolah.

Untuk resepi ni saya kurangkan bahan-bahan nya sebab pisang tak banyak.



Bahan-Bahan Pisang Goreng

5-6 biji pisang

1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
air secukup nya.

2 cawan Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara nya.

Panaskan minyak dalam kuali.

Masuk kan semua bahan kecuali pisang kedalam 1 bekas dan kacau sebati. Adunan tak boleh terlalu cair atau terlalu pekat.

Asalkan melekat kat pisang pun dah cukup.



Asingkan satu senduk kecil bancuhan ke dalam bekas lain dan masuk kan 1 senduk kecil air kedalam nya. Ketepikan.

Potong pisang pada 2 bahagian dan celup ke dalam tepung .



Bila minyak dah panas, goreng pisang yang dah di celup dalam bancuhan tepung tadi.

Masa pisang dah separuh masak, siram bancuhan yang cair tadi ke dalam kuali. Siram tinggi-tinggi dan perlahan.

Boleh rujuk video pada link yang saya kongsikan di atas.



Kemudian balik-balik kan pisang dan bila dah garing boleh la angkat dan hidang kan.

Bila pisang goreng dah sejuk pun, ianya tetap rangup .

Yang saya buat ni tak la secantik Kak Azie buat tapi tetap sedap. kena berlatih kerap lagi ni supaya dapat kerak yang lebih cantik.

Korang try la resepi ni.Memang sedap dan terima kasih pada kak Azie..

/>

Post a Comment

0 Comments