RESEPI KEK LABU PALING SEDAP LEMBUT DAN GEBU

RESEPI KEK LABU PALING SEDAP LEMBUT DAN GEBU | Kek Labu pulak dah.. Pantang start baking, terus mood nak baking macam-macam tu mai.

Ni semuanya sebab Maisara la suruh buat kek coklat nak dibawa kesekolah. Ingat nak buat marble kek tapi malas pulak nak basuh bekas banyak-banyak. Jadi buat la kek coklat.



Kek Labu Resepi dari Azlina Ina

Terlajak bawak keluar barang-barang baking terus la buat kek labu memandangkan ada sebiji labu kat dapur.  Labu ni jiran yang bagi. Alang² tu boleh la hantar sepinggan kat jiran. Orang berbudi kita berbahasa ..kan??

Kek labu ni saya ambil resepi nya di pinterest. Nampak pada gambar dia tulis resepi dari Azlina Ina. Terima kasih untuk resepi kek labu yang lembut dan gebu ni.

Ni pertama kali saya makan kek labu. Memang tak pernah buat dan tak pernah makan sebab tak de sebab. 🤣🤣Cuma tak de rasa nak buat atau makan kek labu

Rupanya kek labu ni sedap betul. Dia tak manis sangat. Rasa lemak-lemak sikit. Jangan pelik pulak tengok kek labu saya tu siap ada topping coklat.

Maklum la anak2 jenis memilih makanan ni,kek tak de coklat memang diaorang pandang sepi je la. Bila letak coklat baru la nak jamah sikit.

Resepi Kek Labu

Bagi yang belum pernah try kek labu jom baca resepi kat bawah lepas tu cuba ye. Mesti tak menyesal.

Bahan-bahan Resepi Kek Labu yang lembut dan gebu :

*Labu di buang kulit dan direbus. Buang airnya  Kemudian blend labu sampai hancur. 

2 cawan labu yang sudah dihancur kan

1 cawan minyak jagung/minyak masak

3 biji telur saiz B

1 cawan gula

3 sudu besar susu pekat



Bahan yang diayak bersama:

2 cawan Tepung gandum 

1 sudu besar baking powder

1 sudu kecil baking soda

Secubit garam

Cara-cara membuat kek Labu yang Lembut dan Gebu:

Panaskan oven 

Pukul telur, gula dan susu pekat sampai lembang dan berwarna putih

Masuk kan minyak masak dan labu berselang seli.

Kemudian masuk kan bahan yang sudah diayak tadi sedikit demi sedikit sampai sebati. Kacau guna senduk kayu je. 

Masuk kan sampai tepung habis dan adunan sebati

Masuk kan dalam loyang yang dah dialas baking paper. Saya guna loyang saiz 8 x 8.


Bakar dengan suhu 170 selama 1jam. Ikut kesesuaian oven masing-masing. Check guna lidi kalau nak tau dah masak ke belum.

Bila dah masak tunggu sejuk dulu baru potong. Tapi nak makan panas2 pun boleh. Lagi sedap cuma bila potong tak cantik sikit la sebab kek ni lembut dan gebu.Takut tengah panas tu berderai pulak kek nya,.

Senang saja cara nak membuatnya..kan? Ada resepi lain yang saya tengok dimasuk kan  susu tepung dalam adunan. Susu tepung tu diayak bersama tepung. Tapi dah kita tak de susu tepung, tak payah la letak. Ni pun cukup lembut dah.



Resepi lain ada yang masuk kan 1/4 cawan tepung jagung dicampur dengan 3/4 cawan tepung gandum. Mungkin nak bagi kek tak berderai bila dipotong. Risau kalau kek tu jadi padat je. Saya kurang gemar kek yang padat macam bingka. Rasa muak nak makan.

Setakat ni , resepi yang saya kongsikan diatas ni adalah resepi kek labu yang paling saya suka dan mudah untuk dibuat. Bahan yang digunakan pun tak banyak.Rasanya juga tak terlalu manis. Secukup rasa saja.

selamat mencuba...

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan