HEADPHONE MURAH SERENDAH RM6.90 YANG BERBALOI UNTUK DIBELI

HEADPHONE SERENDAH RM7 YANG BERBALOI UNTUK DIBELI |  Headphones sangat penting dalam rumah kecil kami ni sebab saya suka tonton tv tanpa ada gangguan bunyi luar

Jadi siapa2 nak dengar lagu kat phone ke, video youtube ke video facebook, IG bagai sila la pakai headphones.

Kalau tidak saya halau semua masuk bilik. Hahah..

Tapi memandangkan komputer saya letak di ruang tamu, dan komputer ni jugak kerap digunakan anak2 untuk menonton filem dan video makanya perlu ada satu headphone untuk komputer juga.

Kalau tidak nak dengar apa kata tv pun tak tau. Bingit bunyi kiri kanan.



Headphones lama. Dah campak masuk stor tunggu untuk di transit ke tong sampah. Hahah


Selepas headphones lama mula menunjuk kan kuasa mendengar yang kejap ada kejap tak de makanya saya pun beli la satu headphone murah untuk komputer ni.

Kali ni beli tak mahal mana pun. Rm10 sahaja harga headphones ni. Sekali campur pos harga rm15. Tapi lepas guna coins dapat lah harga rm13 lebih. Harga terkini, serendah rm6.90 sahaja.




Saya ni tak tau nak review benda gini. Yang penting ada bunyi yang sedap kat telinga ni, tak de bunyi sok sek sok sek, bunyi tak de sekat2, kira ok dah tu.

Hahahah... saya bagi rating 5 bintang untuk headphones rm10 ni.

Kira berbaloi beli la walaupun harga rm10. Jangan guna lasak2 dah la. Sebab tu saya beli yang ni je untuk komputer.

Kalau untuk smartphones tak sesuai kot sebab biasanya kalau guna smartphones kita nak baring la, menyulur la, merangkak la.. kan??

Biasanya kalau headphones ada wire ni dia murah sikit. Tak sama macam wireless punya headphone.


Saya belikan wireless headphone untuk si kakak, sampai sekarang tahan lagi. Dah setahun lebih guna.
Cuma ada patah sikit kat bahagian kepala tu. Tu pun masih elok berfungsi.





Ni kat bekang kotak headphone yang baru beli ni. Saya malas baca benda gini2. Tak penting pun untuk saya. Hahahaha...

Kalau korang nak beli jugak boleh la pi lihat di sini . https://shp.ee/3vav59p . Seller dari penang. 
 Semoga bermanfaat.. 

Artikel ini adalah olahan semula dari blog lama penulis dianarashid.com

Catat Ulasan

0 Ulasan