RESEPI KUIH TALAM LABU PALING SEDAP DAN SENANG DIBUAT

 RESEPI KUIH TALAM LABU PALING SEDAP DAN SENANG DIBUATSebagai seorang penggemar labu saya memang mencari-cari resepi labu yang senang untuk di cuba. Dari kuih muih sampai la ke lauk pauk yang menggunakan labu semuanya saya suka. Yang paling saya suka ialah kuih Talam Labu



Foto: instagram Lydyatjahjadi


Tapi bagi sesetengah orang tak boleh makan labu sebab takut sakit-sakit urat. Saya ok je. Tak de la sampai sakit tak boleh bangun sebab makan labu. Setakat jadi kenyang sampai malas tu ada la..Hahhaha.

Kuih Talam labu ni yang best nya sebab warna dia yang cantik tu. Tak payah pakai pewarna macam kuih talam yang lain. Warna labu tu sendiri dah boleh buat selera terbuka.

Kali ni saya nak kongsikan resepi Kuih Talam Labu yang saya ambil resepinya di instagram Doyan Baking. Resepi ni di kongsi oleh saudara Lidyatjahjadi di acc instagram nya.


Menurut saudara Lee resepi ini juga digunakan ramai untuk berniaga. So kalau korang pun nak jual kuih Talam Labu boleh la cuba resepi ini.

Kuih talam Labu paling sedap


Berikut adalah resepi dan cara-cara membuat kuih talam labu yang enak dan simple.

Bahan-bahan :

Bahan A
250g Labu di kukud dan di lecek hingga hancur
200ml Santan
100g Gula
2 sudu besar tepung beras
80g Tepung sagu.

Bahan B
250ml santan
1sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
30g tepung beras
30g tepung sagu.



Cara-Cara:

Campurkan kesuam bahan A, aduk hingga sebati kemudian ketepikan.

Kemudian campur pula kesua bahan B dalam bekas lain dan aduk sebati. Ketepikan.

Panaskan air di dalam periuk kukus.

Pastikan loyang di sapu sedikit minyak masak.

Selepas periuk kukus dah panas, masuk kan adunan A kedalam loyang. Masuk kan hanya 2/3 paras loyang sahaja. Jangan masuk kan sampai penuh.



Kemudian kukus selama 10-15 minit.

Selepas 10- 15 minit buka penutup periuk kukus dan masuk kan pulak adunan B ke dalam loyang tadi. Tutup periuk kukus dan masak hingga 15-20 minit.

Selepas dah masak, sejuk kan dahulu dan kemudian boleh la disajikan..

Senang saja membuatnya..kan? Di harapkan resepi ni dapat membantu korang menyediakan Kuih Talam Labu yang sangat senang dan sedap.

sekian

sumber: Instagram Lydyatjahjadi


Catat Ulasan

0 Ulasan