DI MALAYSIA TAK PERNAH ADA AYAM YANG DI SUNTIK HORMON

DI MALAYSIA TAK PERNAH ADA AYAM YANG DI SUNTIK HORMON |Tertipu lah sudah selama ni bila saya fikirkan memang ada ayam yang disuntik. Ataupun orang Malaysia sebut "ayam cucuk".  Tapi walaupun selama ni saya rasa betul-betul wujud ayam yang disuntik, saya tetap beli ayam dan masak ayam setiap hari. yam sedap dan anak-anak suka jadi makan je la.



Mulai hari ni tak payah dah nak rasa risau pasal ayam suntik sebab benda ni tak wujud pun di Malaysia. Entah siapa la pandai-pandai cakap ayam yang besar-besar yang dijual tu disuntik dengan hormon untuk mempercepatkan pembesaran ayam.

Tak pasal-pasal saya tertipu.Bukan saya je. Saya percaya pakcik makcik kat kampung nun pun ramai percaya wujudnya ayam yang disuntik ni.

macam mana yakin sangat ayam suntik ni tak wujud?

Kat Malaysia ni kita ada akta yang melarang penggunaan hormon ke atas haiwan ternakan. Akta Makanan 1983 , Akta Makanan Haiwan 2009 dan juga Badan Berkuasa Kawalan Makanan Dan Dadah (FDA). So mana boleh sesuka hati nak suntik hormon pada ayam.

Lagipun jumlah ayam terlalu banyak dan tak logik la nak cucuk sekor-sekor ayam. Kalau satu ladang tu ada 50 ribu ayam, berapa pekerja la diperlukan untuk suntik ayam. Padahal kalau kita tengok diladang-ladang ayam pekerjanya tak ramai pun.

Apa yang membuatkan ayam-ayam cepat membesar?



Ayam yang di bela diberikan makanan berperingkat . Untuk permulaan ada makanan tertentu dan selepas ayam sampai pada tahap pembesaran yang tertentu, akan ada pula makanan untuk menggemuk kan ayam tu. Makanan ayam pula yang jenis berprotein tinggi dan berkhasiat

Dengan kaedah ni tempoh ayam untuk membesar pun tak lama. Cuma dalam masa tak sampai 2 bulan ayam dah boleh dipasarkan. Kemudian ayam-ayam tu pulak bukan jenis ayam kampung biasa yang ambik masa berbulan nak besar.

 Baka ayam ni diambil dari luar negara. Ayam yang jenis cepat membesar yang dikenli sebagai Ross atau cobb.

Ayam cuma diberi vaksin.Tapi bukan melalui suntikan. Vaksin tu dicampurkan dalam makanan ayam. Nanti ada pulak yang kata vaksin tak halal. kalau pun Vaksin tak halal tapi ayam tu halal la. Sama macam kita makan ayam kampung. Ayam kampung tu taik pun dia makan. Tak pulak ayam tu jadi haram..kan??

Lepas ni kalau ada yang larang korang makan kepak ayam ke, leher ayam ke jangan percaya. Dia tak bagi makan sebab dia yang nak makan. Hahah..


Catat Ulasan

0 Ulasan