JANGAN JADIKAN PERKAHWINAN KEDUA ORANG LAIN SEBAGAI BAHAN JENAKA

JANGAN JADIKAN PERKAHWINAN KEDUA ORANG LAIN SEBAGAI BAHAN JENAKA | Gagal pada perkahwinan yang pertama membuatkan ada yang tidak merancang untuk melalui perkahwinan kedua. Tapi takdir menentukan segalanya. Jika sudah tertulis ada jodohnya, maka tak boleh nak dielak kan lagi.



Setiap yang gagal perkahwinan pertama tentu ada meninggalkan kisah sedih yang perit dan sukar dilupakan. Mungkin kisah dicurangi ataupun diabaikan.

Cerita-cerita sedih ini tak mampu untuk diingat dan di kenang oleh mereka yang mengalaminya. Apalagi untuk dibicarakan secara terbuka setiap masa.

Sebab itu ada yang hanya merahsiakan perkahwinan kedua. Kalau ditanya baru dijawab. Kalau tidak, sampai sudah orang tak tahu cerita.

Bukan kerana nak berahsia cuma tak mahu apabila ditanya, maka akan terbuka semula kisah2 lama dari perkahwinan pertama sedangkan itu perkara yang tidak mahu di kenang lagi.

Itu juga bagi mengelak kan ada rakan-rakan atau orang lain yang menjadikan perkahwinan keduanya sebagai bahan jenaka? Zaman sekarang ni semua perkara nak dijadikan bahan jenaka tanpa memikirkan sensitiviti orang lain.

" hebat kawan kita ni..2 kali naik pelamin.."

"dah dua kali naik pelamin..bl..bla..bla.."

Setiap kali berjumpa isu kawin kali kedua tu mesti akan dibangkitkan. Rasa-rasa kawan kita tu suka tak dengar??



Ada banyak lagi benda lain yang kita kena jaga mulut kita ni supaya lebih berhati-hati. Bukan saja bab tak mengandung lagi, tak kawin lagi,tak kerja lagi, tak beli rumah lagi je yang sensitif tau.

Sebab mulut badan binasa. Kalau sekali dua orang mampu bersabar tapi kalau kerap-kerap mungkin dapat juga habuan penumbuk sedas di muka.

Kita rasa nak jadikan "perkahwinan kedua" kawan kita tu sebagai bahan lawak. Mungkin ramai yang akan terhibur.

Tapi tahu tak apa yang kawan kita tu lalui untuk dia melupakan salah satu cerita sedih dalam hidup dia?? Percaya lah dia pun tak mau ingat dan tak mau sebut tentang hal tu lagi.

Dia tak bagi tau pun supaya jangan cakap pasal tu.. Tapi kita sendiri patut tau batas2 kita.

Catat Ulasan

0 Ulasan