5 TIPS MEMBUAT WAFFLE YANG GEBU DAN SEDAP

 5 TIPS MEMBUAT WAFFLE YANG GEBU DAN SEDAPWaffle memang menjadi kegemaran ramai orang kerana ianya mudah dibuat dan ianya mengenyangkan. Tambahan pulak waffle boleh dimakan dengan berbagai cara sama ada nak makan dengan aiskrim, madu, susu pekat, coklat ataupun jem. Waffle yang gebu sentiasa menjadi pilihan ramai


TIP WAFFLE SEDAP DAN GEBU


Kebanyakan restoran dan kedai yang menjual waffle ada rahsia tertentu yang membuatkan waffle mereka istimewa. Namun apa kah rahsia nya? Hari ni saya nak kongsikan beberapa tips membuat waffle yang gebu dan sedap.

1- Pukul telur putih berasingan

Ianya mungkin nampak remeh tapi ini lah rahsianya waffle menjadi gebu kerana telur putih yang dipukul mempunyai ruang udara. Apabila ianya dimasuk kan kedalam adunan , waffle menjadi lebih cantik dan menarik dari segi teksturnya.


Pukul telur sehingga menjadi seperti meringue.Ianya cukup sempurna jika putih telur melekat dan bergumpal pada mixer anda.




Korang boleh pukul telur guna mixer. Kalau nak guna wisk memang siksa sikit sebab ambil masa yang lama juga untuk mendapatkan putih telur yang betul2 mengembang.


2-Gunakan serbuk soda Bikarbonat

Penggunaan soda bikarbonat juga membantu waffle menjadi gebu. Kebiasaan nya untuk 3 cawan tepung gandum saya menggunakan 1 sudu besar soda bikarbonat. 


 3- Terpung jagung untuk mendapatkan waffle yang tebal

Biasanya kita menggunakan tepung jagung untuk memekatkan sos. Tapi penggunaan tepung jagung ke dalam adunan waffle membuatkan adunan menjadi lebih tebal dan lembut di dalam.


Hanya masuk kan sedikit sahaja tepung jagung. Anggaran dalam 2 sudu besar tepung jagung untuk 2 cawan tepung gandum.


4- Campur bahan kering terlebih dahulu.

Jangan masuk kan bahan basah terlebih dahulu ke dalam tepung. Nak mendapatkan waffle yang gebu, masuk kan bahan kering terlebih dahulu kedalam tepung kemudian ratakan bahan supaya sebati. Mula-mula masuk kan tepung, secubit garam, soda bikarbonat, gula pasir, tepung jagung (optional) , dan baking powder. 



Selapas bahan diaduk hingga sebati baru lah dimasuk kan esen vanila,telur kuning, susu sejat, susu segar dan minyak sayuran. Sebatikan

5- Telur putih dimasuk kan akhir sekali

Selepas semua bahan di adun sebati, baru lah masuk kan telur putih yang dipukul berasingan tadi. Jangan kacau guna mixer. Cukup kalau guna senduk sahaja. Kaut dari luar dan ke dalam. Jangan rosak kan putih telur tadi dengan kacau kasar2. Bukan macam buat cekodok tau. Hahah..


Waffle boleh disimpan didalam peti sejuk kalau tak habis. Bila nak makan korang panaskan waja dalam oven ataupun dalam pembakar  roti. Tapi biasanya saya masuk kan saja semula kedalam pan waffle. dalam 30 saat dan cukup panas dan boleh di hidangkan .




Saya pernah masuk kan dalam oven dan dia jadi sedikit rangup dibahagian luar waffle. Kalau korang suka waffle yang jenis rangup di luar dan lembut didalam boleh la masuk kan ke dalam oven.

Adunan waffle yang tak habis di bakar tak berapa sesuai untuk di simpan di dalam peti sejuk. Tekstur nya mungkin sedikit berubah, kurang gebu dan korang kena kacau semula adunan tu dan ianya akan merosak kan putih telur.


So lebih baik kalau korang bakar semuanya dan simpan dalam peti sejuk.




Catat Ulasan

0 Ulasan