REVIEW DAN SINOPSIS : SINKHOLE

SINKHOLE | Seleps berjaya dengan The Tower pada 2012 , pengarah filem Kim Ji Hoon kembali dengan sebuah lagi filem menarik berjudul Sinkhole untuk tahun 2021. Sinkhole sebuah filem dengan genre disaster and comedy. sejak awal tahun 2021 filem ini sangat dinanti-nantikan terutamanya peminat-peminat pelawak terkenal Lee Kwang Soo.



Selain Lee Kwang Soo ,filem ini juga turut dibintangi ramai pelakon hebat.

Cha Seung-Won - Jung Man-Soo
Kim Sung-Kyun - Park Dong-Won
Lee Kwang-Soo - Kim Seung-Hyun
Kim Hye-Jun - Eun-Joo
Kim Hong-Fa - Pengurus Besar Seo
Ko Chang-Seok - ketua pasukan penyelamat
Kwon So-Hyun - Young-Yi
Nam Da-Reum - Seung-Tae
Kim Jae-Hwa
Oh Ja-Hun - Sung-Hoon
Na Chul
Lee Ju-Mi - Ahli Tae-Bo


Cerita ini agak perlahan diawal cerita. Mungkin penonton akan bosan menunggu. Saya sendiri hampir putus asa diawal 30 minit pertama filem ini. Babak lucunya juga tidak berapa kuat bagi saya. Mungkin disebabkan adanya Kwang Soo saya mengharapkan lawak yang lebih dari ini. 

Terlalu banyak kelemahan dalam filem ini terutamanya dari segi kesan khas. Sewaktu dalam lubang, dinding lubang jelas kelihatan seperti paparan skrin tv. Babak sewaktu Kim Seung Hyun (Kwang Soo) hampir terjatuh, kemudian Eun Joo (Hye Jun) berusaha menyelamatkan nya dengan menggunakan getah paip juga seakan kaku. Jelas pergerakan mereka tidak seperti berada dalam situasi itu.

Filem ini jugak tak sepatutnya diklarifikasikan sebagai filem comedy. Selepas bencana berlaku, walaupun ada dialog-dialog lucu tapi penonton sudah sedia maklum yang anak kepada  Park Dong Won (Kim Sung Kyun ), masih belum ditemui dan terperangkap dalam lubang tersebut.

Jadi mana mungkin penonton akan berasa lucu disaat memikirkan keadaan tersebut. 


Namun yang menariknya filem ini sangat meruntun emosi. Banyak babak-babak yang boleh membuatkan air mata mengalir. Terutamanya ketika nenek tua yang sanggup menunggu kedua cucunya dan mati bersama sewaktu air naik memenuhi lubang.

Babak sewaktu Jung Man soo menutup lubang tank demi menyelamatkan anak dan kawan-kawan nya juga sangat menyentuh hati.




Sinopsis

Filem ini mengisahkan Park Dong Won membeli sebuah pangsapuri murah selepas bertahun-tahun mengumpul wang hasil kerja kerasnya. Mempunyai jiran-jiran yang baik , salah seorangnya ialah Jung Man Soo yang melakukan berbagai pekerjaaan.

Jung Man Soo yang tinggal bersama anak lelaki nya, mampu melakukan berbagai pekerjaan seperti pemandu,  menguruskan gym dan berbagai lagi. Namun Park Dong Wan berasa tidak selesa apabila didekati jung man Soo.

Satu hari Park Dong Wan bercadang menjemput rakan-rakan sekerjanya kerumah bagi meraikan rumah barunya. Sehingga lah berlaku satu kejadian bencana apabila tiba-tiba satu gegaran berlaku dan membentuk sebuah lubang besar hingga meruntuhkan bangunan pangsapuri tersebut.

Park Dong Wan , Jung Man Soo, Kim Seung Hyun dan Eun Joo terperangkap didalam lubang tersebut. Sambil menanti bantuan tiba mereka melalaui berbagai detik cemas demi menyelamatkan diri dan orang yang mereka sayang.


Catat Ulasan

0 Ulasan