RESEPI BINGKA UBI KAYU PALING SEDAP DAN SENANG - BAKAR GUNA OVEN ATAU AIR FRYER

RESEPI BINGKA UBI KAYU PALING SEDAP DAN SENANG - BAKAR GUNA OVEN ATAU AIR FRYER | Boleh tahan mahal jugak harga ubi kayu sekarang ni.Sekilo cecah rm8-9. Sekilo tu dalam 3 batang saiz sederhana saja tau. Kalau beli yang kecil-kecil susah pulak nak kupas dan buang kulit nya. 


Dimusim hujan ni dapat la jugak merasa ubi kayu yang besar-besar. Alhamdulillah, ada hamba Allah yang sedekahkan ubi kayu dapatlah merasa buat Bingka Ubi Kayu. Bingka Ubi kayu ni ramai penggemarnya kerana ianya tak cepat muak kalau makan banyak. Rasa gula merah tu yang buat ianya sangat sedap.

Nak buat Bingka Ubi kayu ni tak payah pakai tepung. Bahan asas nya ialah Ubi kayu dan santan sahaja. Kena gunakan ubi kayu yang banyak sebab kita tak gunakan tepung. Santan juga perlu gunakan santan segar. Kalau guna santan kotak kita kena sapu sedikit minyak atau majerin pada loyang supaya bingka tak melekat ketika kita nak potong nanti.

Santan segar ada minyak , jadi tak perlu sapukan minyak atau majerin pada loyang.


Khasiat Ubi Kayu.

Ubi kayu mengandungi Tenaga, karbohidrat, Kalsium, Kalium,Zat besi,dan kanji yang tidak dicerna . Kanji ini juga menjadi sumber makanan kepada bakteria baik di dalam sistem pencernaan. Ubi kayu juga sangat bagus untuk mereka yang berusaha menaik kan berat badan.



Resepi Bingka Ubi Kayu 


Bahan-Bahan:

4 cawan ubi kayu yang sudah di parut

2 cawan santan

1sudu gula pasir

2 sudu gula merah

sedikit garam


Cara penyediaan:

Suhu :200 masa membakar : 1 jam 30 minit

Panaskan oven

campurkan semua bahan ke dalam bekas. Kacau sehingga semuanya sebati dan gula tidak berketul. Boleh gunakan mixer untuk lebih mudah.

Sapu loyang dengan minyak atau majerin jika perlu.

Kemudian tuang adunan ke dalam loyang saiz 8 inci.atau 6 inci untuk Bingka yang lebih tebal.





Masuk kan dalam Oven atau air Fryer.

Suhu untuk Air Fryer: 160

Masa Membakar : 30 minit

Panaskan air fryer selama 5 minit sebelum membakar.

Post a Comment

0 Comments