REVIEW PRINTER EPSON L3150

REVIEW PRINTER EPSON L3150 | Disebabkan anak-anak dah kembali belajar di rumah saya rasa perlu untuk saya menukar printer dirumah ni kepada yang lebih baik dari yang sebelum ni. Sebelum ni saya guna printer Canon Pixma MG2470. Tapi sekarang dah bertukar mengguna Canon L3150 yang lebih baik dan menjimatkan.



Canon bukan tak bagus tapi catridge untuk model yang saya guna sangat mahal. saya guna Canon tu dari Maisara umur 7 tahun kalau tak salah. Masa tu pun catridge nya dah mahal. Rm75. sekarang dah nak dekat rm100 tau. Sebab tu saya cadangkan pada suami untuk tukar printer yang lebih murah ink dia , senang dapat dan mudah nak guna.

Selepas lama fikir saya pilih Epson L3150 ni.Harganya rm650 termasuk ink. Dia punya ink sebotol tu dalam rm28 saja. Rasanya kalau nak cepat habis tu yang colour hitam je la sebab selama ni banyak print nota-nota si kakak dan kertas latihan untuk si adik. Ikutkan pengalaman guna printer yang lama dulu kerap tukar colour hitam je la. 

Nampak kan kami guna printer untuk benda penting je.??Hahahha.

Dalam kotak ni dia sediakan:

  • Printer
  • Ink 4 botol- hitam, kuning, magenta dan Cyan. 
  • software disk
  • Manual
  • Cabel power printer (tak de dalam gambar sebab I dah cocok belakang printer malas nak alih.:p)
  • usb cable



Apa yang saya suka dengan printer ni ialah sangat senang nak digunakan.Tekan butang start, tekan wifi dan print.

Kalau tak nak guna wifi boleh pakai software disk tu je. Install dalam laptop atau komputer kemudian dah boleh guna.




Satu lagi dia punya tank dekat depan.Senang kita nak tengok sama ada ink dia tinggal banyak mana.



Untuk menggunakan printer dengan smartphone korang kena install dulu app epson di play store. lepas tu buka app Epson .
  • kemudian pilih gambar
  • pilih print photo/document
  • Pilih next dan print
Sebelum print korang boleh klik tombol setting kat bahagian penjuru kanan untuk setting saiz kertas, warna , berapa salinan yang korang nak dan sebagainya.




Memang sangat mudah nak menggunakan nya.

Masa saya beli printer ni semua budak jual printer ni setup kan untuk saya. Dia masuk kan ink siap-siap. Dia set kan wifi pasword untuk printer dan sampai la ke claim warranty, semua dia buatkan.

Saya bawak balik printer ke rumah, pasang cable dan terus guna saja. 

Jadi kalau korang nak beli, boleh suruh dia setup sekali.Tak lama pun dalam 45 minit saja.

Kualiti cetakan,saya boleh katakan ianya sangat baik berbanding printer lama saya dulu. Selepas 3 hari menggunakan printer ni saya tak rasa menyesal la beli.


Memang harganya agak mahal tapi untuk kegunaan jangka masa yang panjang , memang berbaloi. 

Sebelum korang beli printer perkara pertama yang korang kena titik beratkan ialah , senang atau tak nak dapatkan ink atau catridge printer tu. Ada banyak printer yang murah tapi biasanya catridge nya mahal. Ada yang susah nak dapat. kena beli online dan sebagainya.

Dah banyak yang review printer ni di youtube dan korang boleh la tengok video2 untuk lebih jelas tentang printer Epson L3150. Semoga bermanfaat untuk semua.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Senang dah ada printer kat rumah bila PdPR ni. Canon memang mahal catridge dia. Tapi ada yang murah juga. Tapi bukan original lah. Berbaloi lagi guna printer EPSON ni. Bagus siap pasang sekali.

    BalasPadam