REVIEW DAN SINOPSIS FILEM : JOLT

REVIEW DAN SINOPSIS FILEM : JOLT  | Satu lagi filem aksi dan komedi  yang menarik di tahun 2021. Filem lakonan Kate Beckinsale..Puas hati betul tengok filem ni.



Dalam filem ni Kate Beckinsale memang watak sebagai Lindy. Gadis yang panas baran dan susah untuk kawal sikap ganas dia. Watak yang diberikan sangat sesuai dengan dia. Tapi tubuh badan dia yang kecil buat ramai yang tak yakin dia boleh bawak watak ni dengan sangat baik.

Bayangkan seorang wanita yang bertubuh kecil boleh membanting seorang lelaki yang beratnya 2 kali ganda. Macam tak logik kan.

Ending untuk filem macam cepat sangat. Ada juga rasa macam tak puas hati bila orang jahat mati dengan pantas. Tapi cara dia mati tu menutup kelemahan ending dia. So macam puas hati jugak la dengan cara orang jahat tu mati. 

Perempuan tu memang betul hebat bertarung. Sekali dia bagi penumbuk memang lega rasa. 🤣🤣 . Plot twist dia memang betul2 bagi kejutan la. Patut la tajuk filem dia Jolt.

Aku suka tengok filem yang watak perempuan tu tak lembik. Kuat dan berkuasa. Kalau filem yang perempuan asyik kena buli, asyik menjerit, asyik jadi mangsa memang rasa stress betul.

Rimas dengan perempuan menjerit 🤣🤣

**❣filem ni tak sesuai untuk kanak2 dan bawah umur. 



Sinopsis Jolt

JOLT mengisahkan Lindy seorang kanak-kanak yang mempunyai sikap panas baran yang tidak boleh di kawal. Ayah dan ibu yang sering bersengketa membuatkan keadaan Lindy semakin memburuk sampai dia dah besar.

Disebabkan berbagai rawatan yang tak berkesan Lindy dimasuk kan ke dalam pasukan tentera tapi dia tetap tak berubah. Kapten dia pun kena belasah. 

Cuma sorang saja yang boleh kawal Lindy. Dr Munchin. Dr Munchin mencipta satu alat untuk Lindy kawal kemarahan dia. Dengan alat tu la Lindy bertahan untuk hidup macam orang biasa.

Satu hari Lindy ada blind date. Awal2 dia tak suka lelaki tu,Justin. 2 kali jumpal dia pun jatuh cinta dan rasa Justin tu macam ubat yang menenangkan bagi dia.

Kali ketiga nak jumpa,dia tunggu Justin tapi Justin tak sampai².Dia call Justin tapi yang jawab seorang anggota polis, bagitau Justin dah mati di bunuh.

Memang membara la kemarahan Lindy. Dia siasat sendiri siapa yang bunuh Justin dan nekad nak balas dendam atas apa yang berlaku pada teman lelaki nya.

Selebihnya korang tonton sendiri ok..



Pelakon Jolt

Kate Beckinsale - Lindy

Jai Courtney - Justin

Stanley Tucci - Dr Munchi

Laverne Coax - Detective Nevin

Bobby Canavale - Detective Vicars

Post a Comment

2 Comments