ANJING INI ASYIK MEMERHATIKAN DINDING YANG KOSONG. APA YANG DITEMUI ANJING INI SANGAT MENGEJUTKAN

George Miller tinggal bersama seekor anjing yang diberi nama Crosby. Crosby anjing yang sangat baik dan manja. Dia akan menyambut Miller dengan ciuman setiap kali Miller pulang.



Namun sikap Crosby mula berubah apabila anjing dan kucing milik jiran mereka yang kerap bermain bersama Crosby mula mati satu persatu. Sejak itu Crosby sering termenung dan tiada lagi sambutan dan ciuman setiap kali Miller pulang. 

Miller menyedari Crosby sudah hilang tumpuan padanya. Mungkin Crosby berasa sunyi tanpa 2 sahabat baiknya. Setiap kali Miller memanggil , Crosby langsung tidak mempedulikan nya.  Tiba-tiba, satu hari tumpuan Crosby mula beralih pada dinding rumah mereka.


Crosby lebih kerap melihat ke arah dinding di satu bahagian rumah dan menyebabkan Miller tertanya-tanya apakah yang ada disitu hingga Crosby tidak lepas memandang nya. 

Crosby terus memandang dinding rumah hingga menjadi misteri pada Miller.Dia mula risau dan takut. Miller mendekati dinding yang ditenung Crosby. Namun tiada apa-apa disitu.

Miller berasa dia perlu melakukan sesuatu agar Crosby mengalih pandangan dari dinding tersebut. Dia mula mengajar Crosby mengejar serangga dan bermain di luar rumah dengan lebih kerap. Sangkaan Miller semuanya telah selesai.

Satu malam ketika Miller terjaga dari tidur Miller melihat Crosby masiih belum tidur. Miller melihat Crosby bangun dan duduk sambil merenung dinding tanpa menoleh kemana-mana seolah-olah Crosby sedang melihat sesuatu. Crosby melihat kearah dinding dengan pandangan yang menyedihkan.



Kejadian tersebut menghantui Miller dan dia memutuskan untuk memasang kamera di dalam rumah untuk memastikan apakah yang mengganggu Crosby selama ini. Miller memasang kamera di ruang tamu dan membiarkan nya selama dua hari. Dia berharap tindakan nya itu akan merungkai misteri yang menghantuinya selama ini.

Selepas 2 hari Miller memeriksa rakaman kamera tersebut dan dia mendapati Crosby lansung tidak memandang kearah dinding tersebut. Ini bermakna Crosby memandang kearah dinding hanya sewaktu Miller berada bersamanya. Ianya seolah-olah Crosby ingin memberi tahu sesuatu kepada Miller.



Crosby juga akan menyalak diruang tamu seolah-olah ada sesuatu disitu. Miller sekali lagi mendekati kearah dinding. Miller memerhatikan dinding tersebut dengan teliti dan lebih dekat. Tiba-tiba Miller tersentak. Dia mendengar sesuatu disebalik dinding tersebut. Dinding itu juga kelihatan seperti sedikit rosak.

Miller memecahkan sedikit bahagian dinding dan dengan mudah dinding tersebut pecah.Miller terus memasuk kan tangan nya ke dalam dinding tersebut. Miller mencapai sesuatu. Dia berasa seperti menyentuh sesuatu yang lembut dan kecil.


Lama kelamaan bunyi suara dari mahkluk kecil yang di pegang itu semakin kuat. Dia mengeluarkan nya dari lubang tersebut dan ini lah rupanya yang selama ini mengganggu fikiran dan tumpuan Crosby. Seekor anak kucing yang comel dalam ketakutan.

Miller membersihkan anak kucing tersebut dan dia memutuskan untuk memelihara kucing itu memandangkan pusat penjagaan haiwan yang dihubungi tidak mahu menerima anak kucing kerana lambakan haiwan.



Sejak dari itu Crosby kembali ceria dan dia sangat menyayangi sahabat barunya itu. Crosby tidak lagi sendirian. Dia juga sangat melindungi sabahatnya itu dan mereka bertiga tinggal bersama sebagai satu keluarga yang penuh dengan kasih sayang.


Post a Comment

2 Comments

  1. Macam ada kejutan. Mula-mula ingat Crosby nampak bantu ke rupanya ada anak kucing terperangkap.
    Akhirnya Crosby gembira semula.

    ReplyDelete