EVIM SENSIN ( YOU ARE MY HOME ) - 2012 TURKEY : SINOPSIS DAN REVIEW

EVIM SENSIN ( YOU ARE MY HOME ) - 2012 TURKEY : SINOPSIS DAN REVIEW | Satu lagi filem Turkey yang sedang viral di Tik Tok ialah filem Evim Sensin (You Are  My Home). Filem ni dibintangi oleh Ozcan Deniz dan Fahriye Evcen. Filem genre romantik  ni diterbitkan pada tahun 2012 dan rating di imdb cuma 5\10 . 


 Jalan ceritanya agak perlahan pada awal hingga pertengahan cerita. Watak pelakon Leyla tak ubah macam anak gadis usia 15 tahun sedangkan dalam cerita ni dia bekerja di syarikat ayahnya dan berusia 27 tahun. Watak lelaki utama pula nampak macho dan matang.

Paling pelik bila Leyla terhendap2 macam pengintip di tapak binaan yang dia sedang uruskan. Macam penceroboh  pulak.Tak logik. Kenapa nak kena mengendap sedangkan kau bekerja disitu. 

Overall cerita setakat ok la. Jalan cerita yang klise pada awalnya,. Percintaan dua darjat yang menghadapi ujian yang sangat hebat dalam percintaan mereka. waktu Leyla hilang ingatan tu baru rasa sedih sangat. 



Sinopsis


Leyla seorang anak ahli perniagaan.  Leyla baru sahaja dikecewakan kekasihnya yang sebenarnya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Dia dicederakan ketika penipuan lelaki tersebut terbongkar. Keluarganya terutamanya ayahnya sangat kecewa dengan Leyla. Setelah Leyla merayu dan memujuk hubungan mereka kembali pulih.

Leyla menumpukan pada perniagaan  ayahnya. Dia mula mengenali Iskender, seorang lelaki yang bekerja di tapak pembinaaan. Iskender lelaki biasa yang menarik di mata Leyla. Hubungan mereka mula menjadi serius.

Tapi Iskender tidak yakin dengan perkahwinan. Iskender tahu yang satu hari nanti Leyla akan meninggalkan nya. Baginya Leyla sangat naif dan tidak tahu mengenai kehidupan.



Hubungan Iskender dan Leyla diketahui oleh ayah Leyla dan mendapat tentangan. Jurang yang jauh antara Leyla dan Iskender tidak dapat diterima ayah Leyla. Leyla pengsan kerana tertekan . Ketulusan Iskender terhadap Leyla  membuat ayah nya terpaksa mengalah dan mereka berkahwin.

Ujian lebih hebat mula melanda rumahtangga mereka. ingatan Leyla beransur-ansur hilang dan tidak mengingati sesiapa pun.

Post a Comment

0 Comments