RESEPI NASI GORENG KAMPUNG YANG SANGAT SEDAP

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG YANG SANGAT SEDAP Pagi ni sarapan Nasi Goreng Kampung . Saya memang suka nasi goreng kampung . Tapi jarang2 makan sebab nasi..Saya ni pantang nasi. Takut gemuk. Tak ambil nasi pun dah cepat je berat badan naik.bayang kan kalau hari2 makan nasi lain la tembun badan ni..Jadi dapat makan nasi sekali sekal je , saya akan pilih nasi goreng kampung,.




Tapi bukan nya hari-hari boleh makan kat luar. Macam mana pun kalau teringin nak makan nasi , terpaksa la turun ke dapur untuk memenuhi tekak sendiri. Kentang kentung la kita kat dapur masak nasi Goreng Kampung .

Nak kata pandai sangat masak nasi Gorteng Kampung ni tidak la.Tapi kalau korang rasa memang boleh kata sebijik macam makan kat kedai. hahahah.

resepi saya ni tak la lengkap macam kat kedai sebab biasanya kedai makan thai akan masuk kan sos ikan sikit kedalam nasi goreng kampung. Tapi yang saya buat ni tak letak sos ikan, Walaupun tak letak rasanya tetap sedap dan terangkat..

Ok Jom kita cuba masak Nasi Goreng kampung yang sangat  sedap macam kat restoran Thai.

Bahan_bahan : 

1 mangkuk nasi putih.. Saya guna nasi semalam. Lepas tu hancur2 kan dia. Sampai hancur nasik digaulnya..ahahhaha.

1 genggam ikan bilis. Rendam dan tosa kan. Bahagi kepada dua bahagian. 1 bahagian di goreng  dan 1 bahagian lagi akan di tumbuk dengan bawang dan cili nanti.

2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5-6 batang cili padi
5-6 tangkai kangkung - di potong sekali dengan batang.(bahagian yang lembut je)
secubit belacan
2 sudu hirisan ayam
1 biji telur

garam
1 sudu besar sos tiram\

2 sudu besar minyak masak.

Cara-caranya.

Mula-mula panaskan minyak dalam  kuali dan masuk kan ayam.Goreng ayam sampai perang dan sedikit garing.

Tumbuk bawang merah, bawang putih , cili dan ikan bilis. Tumbuk manja2 je..asal pecah2 sikit dah la.Tak payah tumbuk sampai lumat.

Masuk kan ke dalam kuali. Kacau sebati..masuk kan belacan dan sos tiram.masuk kan garam.

Masuk kan nasik, dan kangkung. Kemudian pecahkan sebiji telur kedalam nasi tadi.

Kacau sebati sampai la nasi tak melekat  dan nasi jadi berderai. Last sekali masuk kan ikan bilis yang dah di goreng tadi.

Sekarang dah siap ..nasi Goreng kampung yangsangat sedap.

selamat mencuba

Post a Comment

0 Comments