RASEPI SPAGHETTI CARBONARA SIMPLE DAN SEDAP

RASEPI SPAGHETTI CARBONARA SIMPLE DAN SEDAP | Buka galery phone nampak gambar lama ni. Selalunya kalau nak makan spaghetti Carbonara saya order kat Pizza Hut saja. Tapi bila PKP ni nak order tu malas pulak sebab nak kurangkan contact dari luar.

So kita masak sendiri je la..



Resepi ni simple sangat sebab saya letak benda yang saya makan je. Yang tak makan saya tak letak. Tapi rasanya tetap sedap sebab guna sos cendawan carbonara brand Prego. Oleh sebab saya tak suka spahetti letak sosej , jadi saya gantikan dengan sedikit udang saiz kecil.

Boleh dikatakan bahan yang saya gunakan sangat terhad supaya anak-anak boleh makan sama. Tapi rasa dan keenakan nya masih terasa. 

Resepi Carbonara Simple dan Sedap.


Bahan-Bahan

Spaghetti untuk 4 orang makan (saya guna 1/2 je)
1 tin sos cendawan Prego
1 biji bawang holland (cincang halus)
3 ulas bawang putih
sedikit udang.
Oregano flakes (saya letak sikit je sebab anak tak suka makanan hijau)
Daun ketumbar ( pun sikit je..)
Serbuk lada sulah
1 cawan susu segar

Cara Penyediaan:

Rebus Spaghetti sampai lembut. Simpan 1 cawan air rebusan spaghetti dan toskan spaghetti. Ketepikan.

Dalam kuali tumis bawang holand dan bawang putih bersama. Masuk kan udang, daun ketumbar, lada sulah. kacau sebati,Masuk kan air rebusan spaghetti.

Masuk kan sos cendawan Prego. Letak garam kalau suka masin sikit. Ikutkan saya  tak payah masuk kan sebab sos tu dah ada rasa. 

Kemudian masuk kan spaghetti dan akhir sekali masuk kan susu segar. Kacau dan boleh hidangkn dengan Oregano flakes. 

Kalau suka cheese boleh letak cheese . Tapi keluarga saya tak suka so kami tak letak. Kalau korang suka Spaghetti tu berkuah cedok la sup tu banyak2 sikit. 

Saya dan suami suka kalau tak berkrim sangat macam dalam gambar tu. Ikut citarasa la cemana kan.. Selamat mencuba.. 




Post a Comment

0 Comments