RESEPI RENDANG AYAM YANG MUDAH DAN SEDAP

 RESEPI RENDANG AYAM YANG MUDAH DAN SEDAP | Assalamualaikum...Malas betul la nak buka blog hari ni..Mood hilang..tapi bukan boleh turut sangt kan?? jadi buka juga la blog dan kita update la apa kita masak hari ni..

Dah tentu lah rendang ayam.Rendang Ayam saya memang mudah je nak buat.
tak payah nak tumis2 la..tak payah nak tunggu2..Simple tapi rasanya memang sedap.



 Boleh pulak bila dah siap masak pindah kan dalam periuk besar sikit..lepas tu teringat nak ambik gambar..malas nak hidang2 dalam pinggan,sebab malas basuh jadi ambik je gambar dalam belanga ni..heheheh..
Jadi kalau rupa tak menarik tu jangan marah ye..hehehh..Makcik memang asal boleh je...

resepi Rendang Ayam paling sedap



Ok ..jom la kita tengok resepi dan cara buat Rendang Ayam paling sedap dan mudah ni..
betul ke mudah sangat???


Bahan-bahan:

1 ekor ayam (potong ikut suka nak besar mana dan bersihkan )

 1 cawan santan pekat 
1 cawan air
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil garam dan 1 sudu besar gula 

Bahan yang dikisar bersama:-

10 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai.( dihiris halus)
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup



Cara-caranya..

* Kisar semua bahan2 yang perlu dikisar.

* -masuk kan bahan kisar ke dalam kuali.

* masuk kan ayam, kerisik, santan pekat ,air ,kulit kayu manis,bunga lawang, garam dan gula

* buka api dan masak hingga kering dan naik minyak nya...

* hiris daun kunyit nipis2 dan masuk kan dalam kuali..gaul sebati..

 dah siap..boleh la makan dengan lemang atau pun nasi impit..




mudah kan??nak masak rendang ni api kena sederhana je..tunggu time dia menggelegak tu memang berkecah la atas dapur..dah la kuali makcik comel je...hahahah...sabar je la..nak makan sedap kan??


/>

Post a Comment

0 Comments