REVIEW DAN SINOPSIS : JACKPOT

 REVIEW DAN SINOPSIS : JACKPOT | Ramai pulak yang PM tanya cemana cerita JackPot tu.Best ke? Bagi yang nak tonton korang boleh langgan di astro. Kat wayang dah tak tayang rasanya. Jadi hari ni saya nak review filem tamil 2019 iaitu Jackpot. Lepas baca review ni mesti cepat2 langgan di astro First . Ini antara filem paling di nanti-nanti untuk tahun 2019 ni sebab ada Jyothika.



Ramai rupanya peminat Jyothika sejak dia muncul dalam filem Raatchasi. Watak nya sebagai Gheeta Rani betul-betul menarik dan terkesan. Dalam Jackpot pulak dia memang watak sebagai Akshaya.

Sebelum tu meh baca dulu sinopsis Filem Jackpot.

Akshaya adalah seorang perempuan yang penuh dengan tipu daya. nampak macam dia tengah bantu orang padahal dia tengah jerat mangsa dia. Dia bukan jenis perempuan yang lemah lembut, control ayu macam watak heroin filem tamil lain. Dia buat macam tu sebab duit. Masa kecik dia miskin dan tak de mak ayah jadi dia ikut sorang perempuan yang dikenali sebagai Masha.

Masha ni la dia punya rakan komplot dia dalam menjalan kan aktiviti penipuan .

Satu hari disebabkan pukul seorang polis di panggung wayang dia dipenjarakan.Dalam penjara tu memang warden pun tak berani kat dia. Dia pernah pukul warden yang tengah belasah sorang makcik tua. Babak tu korang boleh cari kat facebook. Ada viral sejak sehari dua ni.

Dalam penjara tu dia berkenalan dengan makcik tu dan makcik tu cerita la pasal belanga tembaga yang dia tanam di sebuah kampung. Belanga tu memang ada sejarah dia. Siapa yang simpan belanga tu akan jadi kaya raya. Apa saja barang yang dimasuk kan dalam belanga tu,  akan jadi banyak. So bayangkan lah kau kau masuk kan emas kat dalam tu.kan??


Jadi makcik tu suruh Akshaya pergi cari belangga tu dan berkhidmat untuk rakyat. Diaorang pun pergi lah kat tempat yang makcik tu cerita. Malangnya kawasan  nya ialah tapak kandang lembu rumah Encik Manasthan yang dia pernah tipu dulu. Hahaha.. Dah la lembu garang. Bukan senang diaorang nak sampai ke kandang lembu tu.


Review Filem Jackpot 2019

Filem Jackpot ni adalah filem comedy dan aksi. So memang layan habis dan kelakar. Walaupun ada Yogi Babu yang pegang watak Ragul, tapi banyak babak dia tak lawak pun. Dia tak cukup kelakar pula. Jyothika lebih kelakar dari Yogi Babu.

Awak-awal filem ni tak tahu apa la kaitan si Rahul dengan Akshaya .. Sampai dah 1 jam lebih baru lah Ragul dan Akshaya ni ada watak bersama. Jadi korang tunggu sikit la ye.

Aku paling suka part Akshaya jadi Inspektor Durai Dragon tu. Acah macam datang dengan 1 truck polis. Memang gelak berdekah part ni. last2 terpaksa jadi terencat akal.



Boleh dikatakan diaolang dalam dalam filem ni memang bikin pecah perut ketawa.Lagi-lagi kalau korang tengok kakak encik Manasthan yang jadi inspektor polis tu. Muka jantan tapi suara perempuan.

En Manasthan tu samseng tapi dalam geng dia cuma dia je yang berakal sikit. Konco2 nya semua tak berapa cerdik. hahah. Tapi muka ganas2.

Nak tahu diaorang dapat ke tidak belangan tembaga tu?? kena la tengok...

Keseluruhan filem ni memang menghiburkan. Kelakar sangat dan antara filem comedy tamil yang best untuk tahun 2019 ni.

Rating 8/10

Catat Ulasan

0 Ulasan