PELAKON DAN PENYAIR LAGENDA PYANHABIB RAHMAN LUAH KECEWA BUDAK WARDROBE TAK TAHU HORMATI ORANG TUA

PELAKON DAN PENYAIR LAGENDA PYANHABIB RAHMAN LUAH KECEWA ANAK MUDA TAK TAHU HORMATI ORANG TUA | Tingkah laku yang baik dan tutur kata yang sopan adalah adab yang perlu di serap di dalam diri anak-nak muda generasi zaman kini. Tidak dinafikan anak-anak muda sekarang kurang mementingkan adab dalam pergaulan seharian apalagi bersama rakan sebaya dan juga ahli keluarga terdekat.

Pyan Habib Rahman


Lama-kelamaan sikap yang buruk dan tutur kata yang tiada lagi sopan mula menjadi amalan dan kebiasaan mereka ketika bersama orang lain termasuk lah dalam bidang pekerjaan. 

Hari ni pelakon dan penyair terkenal, Pyanhabib Rahman mendedahkan satu tangkap layar kiriman whatsapp yang diterimanya dari seorang "budak wordrobe' yang hanya memanggil beliau dengan panggilan 'Pyan' sedangkan beliau sudah berusia 65 tahun. 

BACAPAKAR BEDAH PLASTIK DARI JEPUN DEDAH KIM TAE HYUNG (V) BTS PUNYA WAJAH SEMPURNA YANG DIIDAMKAN RAMAI LELAKI

"Pada suatu hari :

demikian bahasa seorang budak 'almari pakaian' terhadap seorang pakcik/atuk"- Pyanhabib Rahman

Pyanhabib Rahman


Status tersebut dan gambar tangkap layar tersebut dimuat naik ke laman facebook nya pada 22.8.2023 .

Sikap tidak profesional tersebut mengundang rasa kurang senang ramai kerana Pyanhabib bukan lah seorang pelakon baru atau pelakon muda. Pyanhabib sudah memulakan karier lakonan dan terlibat dengan pentas puisi sejak berpuluh tahun lalu. Pyanhabib seorang lagenda seni  yang sangat dihormati.

komen netizen

Pyan Habib Rahman atau nama sebenarnya Mohd Supyan bin Abdul Rahman dilahirkan pada 27 Mei 1958 di Taiping , Perak. Beliau mula meminati puisi apabila kerap membaca puisi di akhbar Utusan Zaman ketika berusia 15 tahun. Sejak itu beliau mula berimpian untuk menjadi penulis puisi . Puisi pertamanya yang ditulis pada 1976 diterbitkan pada tahun 1980.

Pyan habib juga aktif dalam bidang lakonan . Antara filem lakonan nya ialah Kembara Seniman Jalanan dan Tak Kisah La Beb!


Catat Ulasan

0 Ulasan