JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 4

JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 4 | Drama terbaru di slot Lestari tv3 ini disiarkan pada 15 March 2023 memasuki episod ke 4. Drama ini mengangkat isu hak asasi kanak-kanak yang sering diabaikan seperti isu keselamatan, pendidikan dan kesihatan. 

jaga aku selamanya

Tarikh Tayangan: Mac 2023

Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: Lestary TV3

Episod : 13

Idea Asal: Wan Hasliza Wan Zainuddin

Pengarah: Rashidi Ishak & Wan Alauddin Wan Zainuddin

Produksi: Kl Motion Picture

Pelakon: Nadiya Nisaa, Johan Asari, Baqir Jamalullail, Puteri Rafasya, Dzul Hadziq Zamri, Damia Qaissarah, Yusayri Akma

Jaga Aku Selamanya episod 4

Sudah seminggu Maya bekerja. Gaji yang diperoleh tidak dapat menampung perbelanjaan Maya untuk pulang melihat anak-anak. Menurut ketua pekerja gaji Maya terpaksa dipotong untuk membayar pakaian seragam dan bayaran pengangkutan.

Maya berasa sedih kerana dia mula risaukan kedaan -anak-anaknya. 

Azhar melihat susu adam sudah kehabisan. Yiyi pula tidak sihat. Mia terpaksa memberi adam minum air gula. mereka mula bertengkar. Mak Minah yang mendengar bunyi kekecohan tersebut terus ke rumah Azhar. Dia berpesan pada Azhar dan adik-adik nya supaya jangan lagi bertengkar. Disebabkan kekecohan tersebut Mia lewat sampai ke sekolah.

Mak Minah meminta Seri mengikutnya ke rumah Azhar. Dia mahu Seri menelefon Maya agar Maya tahu keadaan anak-anaknya. Maya mengangkat panggilan telefon dan dia dapat mendengar suara anak-anaknya. Maya memberitahu dia tidak dapat pulang kerana belum mendapat cuti. Azhar memberitahu Yiyi demam. 

Azhar bertanya lagi bila Maya mahu pulang. Maya menangis dan memberitahu da akan pulang dan berjanji. Maya tak boleh bercakap lama dengan anak-anaknya keran sedang bekerja. Seri terus mematikan panggilan telefon.


Ketika Maya sedang ter,emung mengenangkan anak-anaknya dia disapa seorang pekerja lelaki. Maya memberitahu yang dia teringatkan anak-anaknya di kampung. 

Mak Minah membantu Azhar menjaga Yiyi yang demam. Badan Yiyi makin panas.Seri sangat marah dengan Mak Minah kerana menyusahkan diri sendiri menjaga anak-anak Maya.Seri juga terpaksa membawa Azhar dan Yiyi ke klinik. Seri tak habis-habis memarahi dan merungut pada Azhar dan Yiyi.

Disekolah Mia menceritakan masalahnya kepada Qistina. Dia memberitahu yang ibunya sudah meninggalkan nya dan adik -adik. 


Rakan sekerja Maya, Amri menawarkan diri untuk belanja Maya makan.  Awalnya Maya menolak tapi selapas di pujuk dia bersetuju. Ketika sedang makan Amri memberinya wang. Amri meminta Maya menggunakan wang tersebut untuk pulang berjumpa anak-anaknya. Maya terkejut kerana menerima wang yang banyak dari Amri. Dia gembira dan terus menelefon Seri. Seri malas nak melayan Maya tapi selepas dipujuk akhirnya Maya berjaya bercakap dengan Azhar.

Bos tempat kerja Maya , mengajak Maya berbincang.Ketika sedang bercakap dengan Maya, dia menyentuh tangan Maya dan meminta Maya agar mencarinya jika mempunyai apa-apa masalah. Maya tak selesa dengan keadaan tersebut tapi dia tidak rasa bosnya mempunyai niat buruk.

Azhar memberitahu Mia yang ibunya akan pulang. Tapi Mia langsung tak mempercayai apa yang Azhar katakan. Bagi Mia, Ibunya sama sahaja dengan ayah nya yang mungkir janji.

Maya meminta cuti dari bosnya untuk pulang ke kampung. Bos nya mengizinkan dia cuti tapi Ketua pekerja, Kak Sal tidak mengizinkan dan jika Maya mahu bercuti dia meminta Maya tidak perlu lai datang bekerja terus. Maya sangat sedih dan kecewa. Dia terus menelefon Seri dan meminta Seri memberitahu anak-anak yang dia tidak dapat pulang .

Maya juga sempat memberitahu Seri yang dia sudah memasuk kan wang untuk belanja anak-anaknya ke akaun Seri. Ketika ditanya Mak Minah , adalah Mya ada mengirim wang, Seri mengatakan Maya tidak mengirim wang dan menyalahkan Mak Minah kerana terlalu percayakan Maya.

Anak-anak Maya sudah menunggu Maya dihadapan pintu ,. Mereka tidak sabar menunggu Maya pulang...

..Bersambung..

Catat Ulasan

0 Ulasan