PU SYED SERU UMAT ISLAM BANTAH KONSERT BLACKPINK

PU SYED SERU UMAT ISLAM BANTAH KONSERT BLACKPINK | Pendakwah terkenal Pu Syed memang dikenali sebagai pendakwah yang lantang bersuara menyekat hiburan melampau seperti filem dan konsert yang jauh dari landasan agama. 

Bantah konsert Balckpink


Selepas mendesak tayangan filem pulau di boikot , kini sekali lagi Pu Syed menerusi laman Instagram menyeru agar umat islam agar membantah konsert artis kpop dari Korea Selatan, Blackpink yang bakal mengadakan konsert mereka pada Mac depan.

Dalam catatan Instagramnya malam tadi (24 Januari), PU Syed menyatakan hasratnya untuk melihat concert itu dibatalkan, dan membantah kumpulan K-pop itu memasuki Malaysia

BACA:PEMINAT MULA PERTIKAI TINDAKAN ALIF SATAR BERLAKON DALAM FILEM PULAU

"Kumpulan KPOP Black Pink akan dtg ke Malaysia.

Ambe menyeru semua umat Islam agar sama² kita melakukan usaha membantah dan menentang sepenuhnya atas penganjuran konsert yg mengarut ini!

Sekat mereka dari hadir!! Cukuplah Maksiat bermaharajalela berleluasa berlaku..

Cara pemakaian, cara hidup, cara berhibur semakin hari semakin melampau!

Jika 2019 pernah dicadang nak bawa BTS..walaupun tak berjaya, kini Black Pink pulak!!

Ambe dah lancarkan bantahan terhadap penganjuran ini sejak Okt 2022 lagi..tak kira Kerajaan mana yg mentadbir, pihak mana yg mengurus.. Bantah tetap Bantah!!

Malaysia nak jadi Negara serba bolehkah!?

Ayuh sama

#BantahKonsertBornPink!!"






Dalam satu video tiktok dia juga menjelaskan bahawa cara hidup dan pakaian artis mereka juga teruk dan menjadi ikutan anak-anak muda zaman sekarang. 

@pu_syedofficial Kumpulan KPOP Black Pink akan dtg ke Malaysia. Ambe menyeru semua umat Islam agar sama² kita melakukan usaha membantah dan menentang sepenuhnya atas penganjuran konsert yg mengarut ini! Sekat mereka dari hadir!! Cukuplah Maksiat bermaharajalela berleluasa berlaku.. Cara pemakaian, cara hidup, cara berhibur semakin hari semakin melampau! Jika 2019 pernah dicadang nak bawa BTS..walaupun tak berjaya, kini Black Pink pulak!! Ambe dah lancarkan bantahan terhadap penganjuran ini sejak Okt 2022 lagi..tak kira Kerajaan mana yg mentadbir, pihak mana yg mengurus.. Bantah tetap Bantah!! Malaysia nak jadi Negara serba bolehkah!? Ayuh sama #BantahKonsertBornPink!! PU Syed #AdeAmbeTakut ♬ Sanakhudu - Shakir Khan Rahmani
 
 
Dia juga menentang  Blackpink datang ke negara ini untuk persembahan pada Mac kerana ramai yang akan membuat persiapan untuk Ramadhan, yang dijangka bermula pada akhir Mac.




Blackpink akan datang Ke Malaysia bagi mengadakan konsert BORN PINK World Tour pada 14 March depan. Konsert tersebut bakal diadakan di Stadium National Bukit Jalil

Catat Ulasan

0 Ulasan