RESEPI CUCUR BADAK YANG PALING SEDAP DAN MUDAH

RESEPI CUCUR BADAK YANG PALING SEDAP DAN MUDAH | MInggu bila entah beli ubi keledek dengan harapan nak buat kuih keria gula melaka tapi tekak ni bukan nak sangat pun kuih keria tu.Sebab Memang dah selalu buat.Tapi bila dah semua dok update pasal keria gula melaka terasa macam nak makan keria je.Maka pergi la beli keledek.  


Bila dah dapat keledek rasa-rasa macam nak makan Cucur badak lagi best.Lagipun saya kurang gemar la makanan manis2 ni. Kalau buat cucur badak boleh buat yang sejuk beku terus. Nak makan goreng je..tak payah nak kena buat gulanya ..kan??Jadi muktamat kita buat cucur badak badak


Saya guna kelapa parut yang isinya tak la tua sangat.kelapa tu sebenarnya jiran yang bagi jadi kena sagat je la sebab saya tak de mesin parut kelapa tu..Anak-anak takut dengan bunyi mesin tu..




Ok..ni Resepi Cucur badak yang sedap dan mudah.Mula-mula kena buat intinya dulu...


Resepi Inti Cucur badak



1 biji kelapa parut
1 genggam udang kering
1 Inci halia
10 tangkai cili kering.Kalau tak nak pedas kurang kan.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 sudu besar gula
1 batang serai
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara-caranya;


Kisar cili kering ,udang kering,halia, bawang besar dan bawang putih.
Tumis sampai garing bersama serai dan serbuk kunyit.dan kemudian masuk kan gula.
campurkan kelapa parut dan sedikit sahaja air supaya kelapa tak hangus,
Masak sampai sebati dan kena selalu kacau takut kelapa hangus...
masak sampai kelapa jadi kering dan sebati dengan bahan lain.ketepikan..


(boleh tambah gula lagi kalau suka rasa manis2 pedas..)


Untuk doh nya pulak saya guna sebiji je keledek macam gambar atas sekali .Ni pun cukup untuk 20 biji Cucur badak..Letak tepung pun sikit je..tak boleh banyak2 sebab takut doh jadi liat lepas goreng,.


Resepi Cucur badak Paling Sedap Dan Mudah



1 biji ubi keledek saiz besar.
sedikit garam
5 sudu besar tepung gandum
Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya:


Rebus ubi keledek bersama sedikit garam.kemudian lenyek ubi guna garfu ..kalau nak lenyek guna benda lain pun boleh.Senduk ke, cawan ke..Asalkan ubi tu hancur


Kemudian masuk kan tepung dan gaul sebati..Buat bentuk leper dan masuk kan inti..Bulat kan dan bagi leper sikit.Kalau dulu2 orang buat cucur badak ni dia letak kan udang kering sekor kat atas tu.Nampak menyelerakan je..Tapi kita buat ni tak payah la ye..


kemudian goreng sampai warnanya coklat2 sikit..Guna api perlahan je..Minyak kena banyak ..




Kalau nak buat untuk simpan dalam peti sejuk goreng separuh masak je..macam gambar atas ni.Ada orang kata tak payah goreng pun tak pe..simpan je dalam peti sejuk.Tapi susah kot nak keluar kan dari peti sejuk nanti.Sebab adunan ni lembut je tau.






Maaf le gambar cucur saya ni tak cantik..maklum la buat kerja sambil layan facebook..heheh...dah macam terlajak kaler nya tu..tapi masih sedap..Cucur badak ni yang paling penting sekali inti nya sedap dan dohnya lembut...selamat mencuba..

/>

Post a Comment

0 Comments