MS MARVEL EPISODE 1

MS MARVEL EPISODE 1 | Kamala khan gadis berusia 16 tahun, menetap di Jersey, Amerika, sangat meminati Avengers terutamanya Kapten Marvel. Dia membuat satu laman youtube khas untuk mengekspresikan kegilaan nya pada Kapten Marvel walaupun dia hanya mempunyai 2 subscriber.



Sebaik sahaja dia habis memuat naik sebuah video baru di youtube nya, kedengaran ibunya , Muneeba memanggilnya agar segera bersiap untuk pergi mengambil ujian memandu. 

Abangnya, Aamir sedang berdoa sambil diperhatikan bapanya yang meminta agar Aamir berhenti berdoa terlalu panjang agar dapat menjimatkan masa. Kamala berjalan menuju ke peti sejuk dan mengambil sneck sambil ibunya berpesan agar kerap melihat cermin ketika ujian memandu nanti.

Bapanya, Yusuf juga memberi kata-kata semangat dan sedikit tips untuk Kamala walaupun tips tersebut disanggah oleh ibunya. Aamir turut berpesan agar Kamala membaca doa.

Ketika ujian memandu , baru sahaja enjin kereta dihidupkan Kamala melanggar sebuah kereta di belakang dan mengatakan tiada sesiapa melihat kejadian tersebut kepada pegawai disebelahnya. Malangnya kereta terebut adalah milik pegawai yang duduk disebelahnya.

Ibu Kamala berasakan kejadian tersebut sebagai sabotaj untuk menggagalkan anaknya walaupun jelas Kamala belum cukup layak untuk mempunyai lesen memandu.

Kamala kesal kerana gagal ujian memandu dan itu membuatkan dia tidak dapat membantu urusan perkahwinan abangnya. Ibunya masih lagi tidak berpuas hati kerana Kamala gagal ujian memandu. Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana keluarganya memang kuat berangan dan berkhayal sama seperti Kamala.

Disekolah Kamala gadis biasa yang jarang diberi perhatian. Cuma Bruno dan Nakia sahaja kawan baik nya yang sangat memahami dan membantunya walau dalam apa juga keadaan.


Bruno bertanya tentang kemalangan yang dibuat Kamala ketika ujian memandu dan Kamala kesal kerana berita tersebut sudah tersebar disekolahnya. Bruno bertanya tentang Avengerscon, satu festivel untuk peminat-peminat Avengers dan turut diadakan ialah pertandingan memilih Cosplay Avengers yang terbaik.

Kamala sudah lama membuat persiapan untuk menyertai pertandingan tersebut dan hanya sedikit lagi sentuhan untuk menyiapkan kostumnya. Tiba-tiba Nakia muncul , Bruno bertanya jika Nakia lapang dihujung minggu. Tapi Nakia menolak dan mengatakan dia sangat sibuk. Nakia adalah pelajar pintar disekolah itu.

Sedang mereka berjalan menaiki tangga , Kamala terlanggar Zoe, gadis yang sangat popular dia sekolah mereka. Kamala meminta maaf dan memberitahu dia sangat suka kan jaket Zoe. Zoe agak kekok dan turut membalas dia juga sangat suka kan loket pada rantai Zoe. Mereka agak kekok walaupun dahulu keluarga Zoe rapat dengan mereka bertiga. Namun Zoe sekarang ssudah berubah menjadi sombong sejak mempunyai ramai peminat.

Kedengaran dipembesar suara, Nama Kamala Khan dipanggil. Kamala segera menuju ke bilik guru untuk bertemu dengan Encik Wilson.

Encik Wilson menegur sikap kamala yang kerap berkhayal dan tidak menumpukan pemerhatian sehingga banyak kejadian-kejadian buruk berlaku disekolah tersebut. Encilk Wilson risau kerana tidak lama lagi pemilihan kolej akan dibuka dan dia takut Kamala tidak berpeluang. Encik Wilson mahu Kamala berhenti mengelamun.



Selepas sekolah, Bruno dan Kamala berbincang tentang AvengersCorn. Bagi Kamala ini lah satu peluang yang baik untuknya dan tidak boleh ditunggu lagi. Bruno meminta Kamala agar berpura-pura baik jika mahu meminta kebenaran ibunya untuk ke AvengersCon. Kamala tahu rancangan Bruno tidak akan berjaya kerana dia tahu ibunya tidak akan membenarkan nya menyertai majlis seperti ibu.

Kamala tahu ibunya tidak pernah suka apa yang dia suka dan baginya Kamala adalah budak yang pelik. Bruno mengakui Kamala memang pelik.

Bruno dan Kamala melihat kostum yang mereka siapkan. Mereka yakin boleh menang . Kamala masih belum tahu apakah perkara yang ingin ditambah pada kostum tersebut. Berbagai idea diberikan Kamala tapi di tentang oleh Bruno sepanjang perjalanan pulang mereka.

Kamala sampai dirumah dan ibunya muncul dengan sebuah kotak. Kotak tersebut dihantar oleh naninya. Kamala membuka kotak tersebut dan melihat ada beberapa barang lama milik naninya, termasuk sebuah gelang besar lama yang sangat pelik.

Muneeba meenghampiri dan terus memanggil Aamir. Dia meminta Aamir membawa kotak yang dipegang kamala ke atas loteng.Dia mengatakan barang2 dalam kotak tersebut hanyalah sampah.

Muneeba mengajak Kamala membantunya membeli barang2 untuk majlis perkahwinan Aamir nanti.



Bruno sedang membantu ayah Kamala memasang kamera keselamatan dirumah.Bruno yang sememangnya genius mencipta berbagai peranti , mengajar Yusof khan menggunakan peranti ciptaan nya sendiri. Bagi Yusuf Khan Bruno sangat pintar dan genius.

Kamala dan ibunya pulang dari membeli belah. Bruno terus bertanya pada kamala sama ada Kamala sudah bertanya tentang AvengersCon pada Muneeba. Kamaala tahu dia perlu segera meminta kebenaran ayah dan ibunyaa.

Malam itu juga Kamala mula memberitahu Muneeba dan Yusof tentaang AvengerCon. Seperti sudah dijangka Muneeba membantah kamala dari pergi ke majlis seperti itu.Dia tidak mahu Kamala memakai pakaian ketat dan keluar berparty di waktu malam. 

Kamala berjanji dia tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.Dia sedaya upaya meyakinkan ibunya  Muneeba tetap dengan keputusan nya tidak membenarkan Kamala pergi.

Aamir tiba-tiba muncul dan  Kamala terus mengatakan yang jika Aamir yang meminta apa yang dia minta tentu ibunya akan membenarkan. 

Kamala termenung didalam biliknya. Aamir muncul sambil membawa minuman untuk Kamala. Aamir mengakui Kamala cukup berani tadi. Walaupun dia tahu Kamala kekok namun Kamala sudah mencuba. 

Aamir meminta Kamala agar jangan risau dan dia akan bercakap dengan ibu mereka.

Keesokan harinya ketika Kamala sedang mencuba kostum yang baru siap, Muneeba  mengetuk pintu bilik kamaala. Kamala terus menyembunyikan kostum nya., Muneeba memberitahu yang dia mengizinkan Kamala pergi. Kamala sangat gembira. Namun tiba-tiba Muneeba mengatakan ada  syarat yang Kamala perlu ikuti.Kamala mesti memakai kostum yang sudah dijahit sendiri oleh Muneeba. Kamala juga perlu pergi bersama ayahnya yang juga mengenakan kostum yang sama. 

Kamala terkejut dan dia tidak mahu memakai kostum tersebut kerana ianya kelihatan memalukan. Muneeba dan Yusof sedih mendengar ucapan Kamala. Muneeba tetap dengan pendirian nya, Jika Yusof Khan tidak pergi, Kamala juga tidak boleh pergi.

Kamala bertemu Bruno diatas bangunan tempat biasa mereka bertemu. Kamala mengadu yang dia menyesal kerana membuat ibu dan ayahnya sedih. Bruno memujuk dan meminta Kamala meminta maaf kepada ibu dan ayah kamala. Kamala merasakan kata-kata semua orang tentangnya adalah betul . Dia kerap berangan.



Bruno meyakin kan Kamala agar tidak berputus asa. Dia tahu impian Kamala untuk menyelamatkan dunia pasti akan tercapai.

Bruno sempat menunjuk kan barang baru ciptaan nya. Untuk sementara Kamala kembali ceria dan melupakan kesedihan nya.

selepas pulang kerumah, Kamala melihat bapanya sedang berusaha untuk menggunakan gadjet ciptaan Bruno yang entah dimana silapnya. Kamala mendapat satu idea. 

Dia mula merancang satu misi bagaimana cara untuk meninggalkan rumah tanpa dapat dikesan oleh ahli keluarganya dengaan menggunakan peranti yang dicipta Bruno. Bruno bersetuju tapi sekarang mereka perlu menyiapkan kostum Kamala dengan segera.

kamala naik ke loteng rumahnya dn mencari satu barangan yang akan dipadan kan dengan kostumnya. Seperti pendapat Bruno, kostum Kamala mestilah melambangkan dirinya yang berasal dari Pakistan.

Kamala menyelongkar barang dan menemui semula gelang yang diberikan naninya. Persiapan mula dilakukan. Seperti dirancang Kamala, tiba harinya, dia mula bertindak. Keluar dari rumah, menaiki bassikal menuju ke perhantian bas. 

Seperti yang dirancang mereka sampai ke AvengersCon. Dia seperti tidak percaya dapat sampai ke AvenggersCon. Dia ternampak Zoe juga berada disitu dengan Kostum kapten Marvel. 

Kamala masuk ke tandas untuk menukar pakaian. Masa untuk pertandingan cosplay sudah tiba. Kamala bersedia untuk naik ke pentas,. tapi tiba-tiba dia terlupa sarung tangan nya di tandas. Masa sudah suntuk. Gelang yang dipegang tidak dapat dibuka. Dia berusaha membuka gelang dan berjaya memakainya. 

Sebaik memakai gelang tersebut satu perasaan yang lain muncul dalam diri Kamala. Kamala dapat merasai perubahan tersebut. Dia seperti terapung diudara. Bruno menolak Kamala naik ke pentas. Sambil menyarungkan topengnya , Kamala naik ke pentas. semua cahaya kamera menghala kearahnya. Dia berasa tidak dapat mengawal keadaan.Tiba-tiba satu cahaya keluar dari tangan nya.



Kamala menghulurkan kan tangan dan serta merta satu kuasa hebat muncul dan membuatkan penonton bersorak melihat persembahan Kamala. Bruno juga berasa pelik dengan apa yang dilihat. Dia yakin sesuatu yang pelik berlaku pada Kamala.

Tiba-tiba patung besar dari atas terjatuh ke bawah . Zoe yang berada didepan Kamala tiba-tiba tersangkut diatas tuil besar. Suasana menjadi kelam kabut.Kamala menghulurkan tangan nya dan ketika itulah tangan nya mengeluarkan cahaya dan batu yang keras menyambut Zoe yang hampir jatuh ke lantai.

Bruno teruss menarik Kamala keluar dari situ dan pulang kerumah. kamala teruja kerana dia mempunyai suatu kuasa pelik. Kamala meeminta Bruno agar menyimpan rahsia tersebut dan tidak memberitahu sesiapa.

Kamala masuk ke dalam bilik . Sebaik masuk ke dalam bilik dia terkejut kerana ibunya sedang menunggu didalam bilik. Muneeba sangat marah dengan tindakan kamala yang curi-curi keluar dan memberontak.

Muneeba tidak mahu Kamala terlalu taksub dengan fantasinya.Muneeba menyifatkan tindakan kamala sebagai mengkhianati dirinya. 

Video mengenai Kamala di AvengersCon sampai kepada dua orang Agent. Mereka mula memburu gadis berpakaian Kapten Marvel yang mengeluarkan kuasa pelik dari tangan nya.


Bersambung ke Episod 2 ....

Catat Ulasan

0 Ulasan