BERBARIS 2 JAM UNTUK SWAB TEST, RUPANYA BERBARIS DI BARISAN UNTUK BELI AYAM PANGGANG

BERBARIS 2 JAM UNTUK SWAB TEST, RUPANYA BERBARIS DI BARISAN UNTUK BELI AYAM PANGGANG | seorang wanita mengambil masa 2 jam berbaris untuk melakukan swab test. Sebaik tiba giliran nya , dia baru menyedari dia sebenarnya berbaris di barisan untuk membeli ayam panggang.




Akhbar Litchi News baru-baru ini telah berkongsi pengalaman lucu seorang wanita  Lena Lin dari Hangzhou, di Zhejiang, China.

Kes Covid-19 telah meningkat di China baru-baru ini, dan negara itu kini menghadapi wabak terburuk dalam tempoh dua tahun.

Sekolah dan perniagaan terpaksa ditutup dan dihentikan di bandar-bandar tertentu. Rakyat China mula berpusu-pusu ke hospital untuk mendapatkan ujian Covid-19.

Lin adalah antara orang yang keluar untuk melakukan ujian swab.

Dia memberitahu Litchi News bahawa dia telah bangun awal hari itu dan keluar rumah menuju ke hospital untuk melakukan swab test. Sebaik sahaja sampai , dan melihat barisan panjang ketika dia menghampiri hospital. Tanpa  berfikir panjang dia berbaris bersama yang lain dibarisan tersebut.


Selepas berdiri dalam barisan selama kira-kira dua jam, dia mula menyedari apabila tiba gilirannya bahawa orang ramai tidak beratur untuk melakukan swab test, tetapi untuk membeli ayam panggang.

Memandangkan dia menghabiskan masa yang lama untuk berbaris dalam barisan, Lin memutuskan untuk membeli dua ekor ayam panggang dan terus pulang ke rumah tanpa melakukan swab test.





Catat Ulasan

0 Ulasan