RESEP WAFFLE PALING SEDAP LEMBUT DAN GEBU - Mediana

Breaking

Recent Post

Isnin, 26 April 2021

RESEP WAFFLE PALING SEDAP LEMBUT DAN GEBU

RESEP WAFFLE PALING SEDAP LEMBUT DAN GEBU | Memandangkan blog lama dah berkubur jadi saya tulis semula resepi ni dalam blog ini. Waffle maker ni sampai sekarang masih elok dan tak rosak. Berbaloi beli walaupun harga nya cuma rm70 lebih je kalau tak salah saya.



Untuk menghasilkan waffle yang cantik ni saya mencuba banyak resepi . Kalau korang beli waffle maker ni, di dalam nya ada disediakan resepi jugak.Tapi kena olah sikit untuk dapatkan hasil yang cantik macam saya buat ni.

Banyak juga resepi dari google yang saya cuba tapi kebanyakan nya menghasilkan waffle yang keras. Selepas beberapa percubaan ini lah resepi Waffle paling sedap lembut dan gebu


Dibawah ni pulak gambar waffle yang keras. Bila adunan tak menjadi masak pun tak sekata. Jadi tompok2 je. Tak cantik kan..



Resepi Waffle Paling Sedap Lembut dan Gebu 

Bahan-bahan-

**Guna cawan yang sama untuk bahan yang disukat guna cawan.

2 cawan tepung - saya guna cawan teh tu je..bukan mug ye..CAWAN!
2 biji telur gred B - asingkan putih dan kuning nya
1 cawan air
2 sudu gula
secubit garam
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar marjerin di cair kan. (boleh gantikan dengan butter)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan minyak masak 
1/2 sudu kecil esen vanila

sedikit majerin untuk di sapu pada pan Waffle


Cara-caranya-

Dalam satu bekas masuk kan tepung , gula,secubit garam, baking soda, baking powder, susu segar, esen vanila, majerin yang sudah dicairkan dan minyak masak.

Ambil kuning telur, campur dengan satu cawan air. kacau-kacau dan masuk kan dalam tepung. Kacau tepung sampai sebati...dan lembut..

kemudian dalam bekas lain pukul putih telur sampai putih dan kembang. kemudian masuk kan putih telur dalam adunan tepung.

Kacau balik kaup je sampai sebati...jangan kacau kuat2.

Panaskan Waffle maker..sapu majerin atau butter sikit pada pan..

Bila dah berasap masuk kan adunan tepung tadi.
Kemudian tutup.

Lepas 3 minit dah siap.Boleh di makan dengan coklat, nutella atau peanut butter,.Nak makan dengan jem buah pun boleh ..dengan susu pekat pun boleh..

resepi waffle

resepi waffle sedap

Ini lah dia waffle yang lembut, gebu dan paling sedap .Walaupun dah sejuk tetap rasa lembut.selamat mencuba..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan