REVIEW DAN SINOPSIS KDRAMA : RED SWAN

RED SWAN | Kdrama Red Swan dibintangi oleh Rain dan Kim Ha Neul mula ditayangkan pada 3 July 2024 setiap Rabu. Red Swan diarahkan oleh Park Hong Kyun dan di tulis oleh Choi Yoon Jung. Drama ini boleh di tonton di saluran Disney + Hotstar dengan 10 episod.



Red Swan


Synopsis Red Swan 

Red Swan mengisahkan Oh Wan Soo yang memulakan kerjayanya sebagai pemain golf profesional. Selepas mengecapi berbagai kejayaan dia kemudian berkahwin dengan anak dari sebuah keluarga chaebol, Kim Yong Kook yang juga pewaris Hwain Group. Oh Wan Soo bersara dari bermain golf dan bergiat aktif dengan kerja amal melalui Yayasan dan dia mendapat periktirafan dari seluruh dunia melalui kerja amal yang dilakukan nya.

Red Swan




Ketika lawatan nya ke Manila dia hampir dibunuh dalam satu serangan pengganas. Namun dia diselamatkan oleh Seo Do Yoon. Seo Do Yoo sebenarnya sedang menyiasat 1 kes pembunuhan melibatkan rakan baiknya. Dia percaya pembunuh yang menyerang Oh Wan Soo bukanlah pengganas tapi pembunuh upahan sama yang telah membunuh kawan baiknya yang ketika itu menyiasat kes kematian Pengerusi Kim Dua Dari Hwain Group.

Red Swan



Dia kemudian nya menjadi pengawal peribadi kepada Oh Wan Soo. Dalam masa yang sama dia ingin menyiasat Hwain Group yang mempunyai kaitan dengan kematian kawan baiknya iaitu Shin Ju Hyuk.


Sebelum Shin Ju Hyuk mati , dia ada memberikan 1 bukti kepada Seo Do Yoon yang mengesahkan bahawa bapa mertua kepada Oh Wan Soo iaitu Kim Duo, sebenarnya mati di bunuh. Ini menguatkan lagi tanggapan bahawa Shin Ju Hyuk mati dibunuh oleh seseorang didalam Hwain Group.

Red Swan



Sepanjang menjadi pengawal peribadi kepada Oh Wan Soo, Seo Do Yoon dapat melihat kehidupan sebenar Oh Wan Soo yang menyedihkan. Suami yang curang , dilayan dengan buruk oleh ibu mertua dan kesedihan akibat kehilangan anak kesayangan. Lebih buruk lagi suaminya mempunya anak hasil dari hubungan sulit dengan bekas setiausaha suaminya sendiri.

Red Swan



Walaupun semua itu dilalui oleh Oh Wan Soo, tapi Oh Wan Soo tetap bertahan dalam keluarga tersebut demi janjinya pada mendiang bapa mertuanya.

Review Red Swan 

Red Swan sebuah Kdrama dari pengarah dan penulis yang dah masuk kategori warga emas. Jadi korang boleh agak kot hasil kerja orang lama  ni macam mana. Mereka memang mahir dalam menghasilkan drama-drama tentang keluarga chaebol dan skandal-skandal orang kaya. Dalam kata lain, lebih kurang sama je macam drama keluarga chaebol yang lain.

Ada iri hati, kecurangan, pengkhianatan dan dendam. Benda2 biasa yang kita boleh tonton dalam drama tentang keluarga orang kaya.Tapi sebab drama ni ada Rain, jadi drama ni nampak gah sungguh.

Red Swan

Awalnya saya ingatkan ini adalah drama aksi. Pada episod pertama , ada serangan di Manila saya memang rasa teruja nak tengok drama ni di episod seterusnya. Tapi bila dah masuk episod ke empat, babak aksi pun dah kurang. Cuma ada 1 saja babak aksi . Itu pun di bilik latihan pengawal. Seo Do Yoon bertarung dengan salah seorang pelatih di situ.

itu je aksinya..

 

Perkara paling menarik dalam drama ini adalah kita dapat melihat Rain. Bagi saya ini bukan drama yang bagi impak yang kuat buat saya. Saya tak tertunggu-tunggu untuk episod seterusnya.  Lagipun saya dah tonton Blood Free sebelum menonton Red Swan. Korang boleh agak tak apa yang saya fikirkan? Kalau korang tak boleh agak, korang tonton lah blood Free selepas baca review saya ni.

Red Swan



Sehingga review ni ditulis, Red Swan baru bersiaran untuk episod ke empat.Saya harap drama ni ada banyak lagi aksi-aksi pertarungan. Saya nak tengok Rain dalam drama aksi seperti dalam filem-filem yang pernah dilakonkan nya.

Pelakon Red Swan

Kim Na Heul

Rain

Jung Gyu Woon

Seo Yi Sook

Yoon Jae Moon


Catat Ulasan

0 Ulasan