MY NAME IS LOH KIWAN

MY NAME IS LOH KIWAN : FILEM REVIEW | Filem lakonan Song Joong Ki dan Choi  Sung Eun ini diarahkan dan ditulis oleh Kim Hee Jin. Filem ini adptasi dari sebuah novel berjudul I Met Loh Kiwan yang ditulis oleh Choi  Hae Jin  yang diterbitkan pada tahun 2019. 



My Name Is Loh Kiwan boleh di tonton di saluran Netflix bermula 1 March 2024. 

Sinopsis My Name Is Loh Kiwan

My Name Is Loh Kiwan mengisahkan seorang lelaki dari Korea Utara yang masuk ke Belgium untuk mendapatkan status pelarian. Dia melarikan diri dari Korea Utara kerana membelot dan dengan wang yang diberikan pakciknya hasil dari menjual mayat ibu nya, dia masuk ke Belgium demi ibu nya .



Sampai saja di Belgium dia terus memohon status pelarian namun dia terpaksa menunggu setahun lagi untuk temuduga kedua. Dalam tempoh setahun dia perlu bertahan untuk hidup.

Berbagai perkara dilalui untuk bertahan hidup. Tiada tempat tinggal, kelaparan, kesejukan dipukul ,dia tetap bertahan. Dia mengenali Marie, seorang wanita Korea yang sudah menjadi rakyat Belgium.



Marie seorang bekas penembek. Terlibat dengan satu sendiket perjudian yang melibatkan satu kumpulan. Marie dan Loh Kiwan jatuh cinta. Namun disebabkan satu kejadian Marie terpaksa melarikan diri ke luar negara. 

Review My Name Is Loh Kiwan

Rasanya ramai yang dah tengok filem ni di Netflix. Tapi ada juga yang ragu-ragu nak  tonton bila tengok Song Joong Ki dengan watak comot dan selekeh. 🤭



Tapi jangan risau kawan-kawan. Song Joong Ki tak perlukan rambut yang rapi ,pakaian yang trendy dengan wajah yang matcho untuk berlakon dengan baik. Kalau ikut pendapat saya Song Joong Ki adalah antara pelakon lelaki korea yang kacak dan mempunyai skil lakonan yang mantap. Tak kira dalam drama atau filem dia sentiasa yang terbaik. 

Saya sebenarnya tak berapa mengenali Choi Sung Eun yang bawa watak Marie. Dalam filem ni dia bawa watak perempuan yang tak de hala tuju dalam hidup. Terlibat dengan dadah. Tak tahu la kenapa tapi sepanjang saya menonton filem ni saya cuma nampak dia macam perempuan yang mabuk. Atau tengah layan barang gitu..🤣🤣

Sampaikan babak diaorang tengah makan pun saya rasa dia macam tengah pening.🤭. Sorry tau!!!



Filem ni ada babak tak sesuai untUk tontonan bawah umur. Minit ke 96 . Babak atas katil guling2. Filem ni tak de la babak sweet2 tu.. Terus berguling atas katil je. 🤣🤣. Tu saya pelik apasal orang kata filem ni filem cinta romantis sedangkan tak de babak sweet2 ke apa. Kecuali part ending nya saja. Waktu mereka bertemu semula.

Filem ni memang slow sikit awal2 tu tapi bila dah layan,memang best la. Nak kata best sangat tu tidak la. Tapi saya boleh bagi rating 7/10. 

Pelakon My Name Is Loh Kiwan


Song Joong-Ki - Loh Ki-Wan

Choi Sung-Eun - Mari

Jo Han-Chul - Yoon-Sung

Kim Sung-Ryoung - Ok-Hee

Lee Sang-Hee - Sun-Joo

Seo Hyun-Woo - Eun-Cheol



Catat Ulasan

0 Ulasan