MELUR UNTUK FIRDAUS 2 EPISOD 5 TV3

MELUR UNTUK FIRDAUS 2 EPISOD 5 TV3 | Disebabkan mendapat sambutan yang menggalak kan pada musim pertama Melur untuk Firdaus, TV3 membuat keputusan untuk melanjutkan drama bersiri ini untuk musim kedua. Drama Melur Untuk Firdaus 2 bersiaran pada 16 March 2023 dengan 35 episod.


Tarikh Tayangan: 16 Mac 2023, Khamis-Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3

Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hasan

Pengarah: Zamri Zakaria & Arield Mohd Rifin

Produksi: A-Ten Alliance Sdn Bhd

Pelakon Melur Untuk Firdaus 2


Meerqeen sebagai Firdaus

Anna Jobling sebagai Melur

Eyka Farhana sebagai Mawar

Azim Yusof sebagai Zack

Fimie Don sebagai Haris

Sabrina Sharleen sebagai Rania

Kuza sebagai Kamariah

Azhar Amir sebagai Kamaruzzaman

Haleeda Mazlin sebagai Rohana

Zainol Ismail sebagai Nasaruddi
n

Hani Nazrina sebagai Lili

Hairi Safwan sebagai Zain

Qaseh Qhairiena sebagai Damia

Taib Zamannuri sebagai Raikal

Tengku Tieya sebagai Nana

Melur Untuk Firdaus Episod 5 TV3

Mawar menyangka kan bunga tersebut dari Firdaus. Rupanya Raikarl yang memberikan bunga tersebut. Mawar sebenarnya kecewa kerana dia menyangka kan Firdaus yang memberikan bunga untuknya. 

Melur berusaha menyiapkan bukunya.Tiba-tiba Firdaus menelefon dan mengajaknya keluar makan bersama. Melur  sangat gembira kerana dapat meluangkan masa dengan Firdaus.


Raikarl tak mampu menahan rasa angaunya sejak mengenali Mawar sehinggakan ramai di pejabat sudah mengetahui perasaan Raikarl pada Mawar. Dia sedar dia perlu bertenang walaupun merasa malu dengan staf-stafnya.

Dipejabat Mawar sempat bertanya tentang Firdaus dari staf di pejabat. Dia masih belum tahu yang Firdaus sudah berkahwin. Setiap kali dia bertanya tentang Firdaus staf hanya bercakap tentang sikap firdaus mengenai kerja. Tidak engenai hal peribadi.

Mawar hanya mahu tahu tentang firdaus. Dia setuju bekerja pun hanya kerana ingin mendekati Firdaus. 

Sikap Mawar yang terlalu mementingkan diri membuatkan dia betengkar dengan Firdaus. Raikarl meminta Firdaus agar jangan terlalu tegas dengan Mawar kerana mawar adalah rakankongsi dalam projek penting yang sedang mereka usahakan bersama.


Ketika mahu keluar dari Masjid , ayah Melur melihat Hj Din menunggunya. Dia sengaja melarikan diri dari bertemu dengan Haji Din. 

Firdaus melihat Melur muram. Melur meberitahu dia risau jika Hj Din asyik bertanya tentang Haris, dan lebih dia risaukan adlah mengenai anak kerana hj Din selalu mengungkit tentang kekurangan Melur.  

Sampai dirumah Hj Din Melur di sambut mesra oleh Mia. Hj Din terus menyindir Melur malah kisah haris masih menjadi bahan Hj Din untuk menyakiti Melur. Melur hanya mampu menahan perasaan sedihnya . Mujur Firdaus membela Melur.

Raikarl juga datang untuk makan bersama. Rania yang melihat Raikarl masuk terus berlalu ke dapur. Dia seperti tidak senang melihat Raikarl.

Di depan Raikarl  pun Hj Din masih cuba untuk menyakiti hati Melur. Hj Din meminta Melur melakukan ujian kesuburan. Melur bersetuju asalkan Firdaus juga melakukan ujian tersebut.Hj Din berang mendengar syarat dari Melur. Tapi melur tidak memaksa Firdaus. Walaupun Firdaus mahu atau tidak melakukan ujian kesuburan, tapi dia tetap aka melakukan ujian kesuburan sepeti yang diminta Hj Din.

Kaklong menghampiri Rania di Dapur. Dia bertanya mengapa Rania seperti menjauhkan diri dari Raikarl. Melur yang berada disitu cuba membuka mulut tapi di halang oleh Rania.

..Bersambung..


Catat Ulasan

0 Ulasan