5 RESEPI AIR LAICI PALING SIMPLE DAN SEDAP UNTUK BERBUKA PUASA

AIR LAICI PALING SIMPLE DAN SEDAP UNTUK BERBUKA PUASA | Bulan puasa tahun ni cuaca sangat panas terik. Bagus juga kalau berbuka puasa nanti kita buat air laici. Kalini kita buat air laici yang lebih special sempena dengan bulan istimewa, bulan ramadan. Hari ni saya nak kongsikan koleksi resepi air laici simple yang sedap yang boleh korang cuba sepanjang bulan puasa ni.

air laici


Harga 1 tin laici pun dah tak mahal. 1 tin boleh minum seisi keluarga. Nak tahu macam mana nak buat air laici yang sedap jom kita tengok berbagai resepi air laici simple.

Resepi Air Laici Cincau

laici cincau


Bahan-bahan

2 tin laici

1 liter susu full cream

1 tin krimer sejat cair

1 tin susu pekat

1 block cincau saiz sedang

1sudu besar biji selasih

sedikit garam

ais

Cara penyediaan:

Cara:
1. Mula-mula cincau diparut
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk ..kacau sabati..
3. Masukkan ais. Kacau dan hidangkan..

 

Resepi Air Soda Laici Herb

air laici


Bahan bahan yang diperlukan:

*1 botol besar air aiskrim soda.

*1 tin laici /guna longan pun boleh.

*2 batang serai ~ dititik.

daun pudina ~ terpulang berapa helai.

*1 biji lemon ~ dihiris nipis.

* asam boi putih.

ais batu secukupnya.

Cara caranya:

-Cuci semua bahan hingga bersih.

-Hiriskan lemon nipis nipis.

-Letakkan daun pudina.

-Masukkan lemon yang telah dihiris.

-Diikuti asam boi putih.

-Masukkan 1 tin buah laici / longan.( tmsk airnya)

-Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.

-Masuk kan ais batu

-perah sedikit lemon dalam 2 sudu besar

-Akhir sekali masukkan serai yg telah dititik.

Resepi Air Bandung Laici Cincau

Ai Laici


Rahsia nak dapatkan potongan cincau cantik ialah kita sagat pakai sagat lubang besar. Hasilnya memang cantik. 

1 tin laici ⠀
1 tin susu cair⠀
1 tin susu pekat⠀
3 sudu makan kacang tanah tumbuk⠀
3 1/2 sudu makan sirap cap rose ⠀
1 sudu makan biji selasih⠀
5-6 biji kurma merah⠀
50-60 gram cincau hitam⠀

Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau. ⠀
Masukkan susu pekat,susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.

Resepi Ais Tembikai Laici

air laici

Bahan-bahan:

2 mangkuk isi Tembikai ( 1 mangkuk di cincang)

2 tin laici

1 liter Air mineral

Sedikit gula

Ketul ais

Cara penyediaaan.

Kisar  1 mangkuk tembikai bersama 1 tin laici dan gula.

Masuk kan air mineral.

Masuk kan tembikai yang di cincang dan 1 tin laici .

Tambah ais. sedia untuk dihidangkan.


Resepi Air Laici Bunga Telang



air laici

Resepi:⠀
10-15 kuntum bunga telang dibuang tangkainya dan direndam air panas⠀
1 tin air laici⠀
Gula secukup rasa⠀
Air batu secukupnya⠀

Cara²nya:⠀
1. tapis air rendaman bunga telang⠀
2. masukkan kedalam air bancuhan laici tadi.warnanya dari biru akan bertukar kepada keungguan aedikit kerana air laici ada rasa masam sedikit.kalau nak warna lagi purple,perah lemon atau limau nipis ke dalamnya

Catat Ulasan

0 Ulasan