KOKDU: SEASON OF DEITY | REVIEW DAN SINOPSIS

KOKDU: SEASON OF DEITY | REVIEW DAN SINOPSIS | Drama: Kokdu: Season of Deity / Season of Kok-Du (literal title)

Revised romanization: Kokduui Gyejeol

Hangul: 꼭두의 계절

Director: Baek Soo-Chan, Kim Ji-Hoon

Writer: Kang Yi-Heon, Heo Joon-Woo

Network: MBC

Episodes: 16

Release Date: January 27, 2023 --

Runtime: Friday & Saturday 22:00

Genres: Romance, Drama, Medical, Fantasy

Language: Korean

Country: South Korea

Kokdu: Season of Deity


Review Kokdu: Season of Deity

Mula-mula sekali aku nak terangkan apa yang best dengan drama ni. Mula-mula aku memang tak faham sangat jalan cerita drama ni.Aku kena ulang 2 kali episod pertama, pada 20 minit awal untuk betul-betul faham kenapa Kokdu dihukum.


Rupanya dia dihukum sebab ingkar arahan dewa yang meminta agar Kokdu melupakan dendam dan meneruskan perjalanan kedunia kematian.Lepas tu la dia kena hukum dengan dewa. 

Ringkas macam tu je pun susah nak faham.Hahah 

Kokdu: Season of Deity



Jalan cerita untuk drama ni memang menarik dan menghiburkan. Episod pertama tak membosankan. Jalan cerita agak laju sikit sebab tu tak bosan. Lagipun drama ni agak kelakar terutamanya bila muncul watak Kokdu. 

Kim Jung Hyun bawa 2 personaliti dalam drama ni, Kokdu dan Do Jin Woo. Walaupun dia bawa dua watak tapi kita yang tonton ni dapat rasa macam dilakonkan oleh 2 orang yang berbeza. Hebat! 


Annoying betul dengan watak Jin Woo sebab dia macam pentingkan diri. Berbeza dengan Kokdu yang patuh dan kelakar.

Sejak membintangi drama Welcome To Waikiki memang ramai yang tertunggu-tunggu lakonan Kim Jung Hyun dalam drama-drama dan filem. Tambahan pulak drama Mr.Queen mendapat sambutan ramai. Ianya menaik kan lagi rating pelakon serba boleh ni.

Kalau drama dan filem lucu memang sesuai sangat untuk Kim Jung Hyun. Tak mengecewakan. 

Lim Soo Hyang memegang watak sebagai perempuan awal 30 an, tak cantik, bernasib tak baik dan selalu ada masalah. Aku macam simpati je dengan Han Gye Jeol ni. Tak tahu la kalau penulis memang nak buat watak dia yang nampak sangat menyedihkan walaupun dia seorang doktor yang hebat.

Sehingga artikel ini ditulis , Kokdu: Season Of Deity dah memasuki episod ke 8. Setakat ni aku boleh simpulkan drama fantasi ni berbaloi di tonton dan menghiburkan walaupun tak sehebat Goblin. 

Kokdu: Season of Deity



Penampilan istimewa dalam drama ni ialah Yoo Jae Suk. Walaupun dia dapat dialog sebaris je dan kerjanya cuma lap tempayan, tapi kalau kita google senarai pelakon drama ni, dia duduk sebaris dengan watak utama. Tak paham aku!! Hahah.

Where to watch Kdrama Kokdu: Season Of Deity? Korang boleh tonton drama Kokdu ni di Dramaqu.bond .

Sinopsis Kokdu: Season Of Deity


Han Gye Jeol seorang doktor yang dipecat disebabkan satu salah faham yang berlaku. Hari terakhir dia di hospital dia bertemu dengan seorang lelaki namun dia tidak sempat mengenali lelaki tersebut. Yang ditinggalkan hanya sebentuk cincin.

Ketika dia bergelut mencari pekerjaan dan menghadiri temuduga, dia akhirnya menemui kembali lelaki yang membantunya. Disebabkan lelaki itu juga di mendapat tawaran kerja di hospital Pilseong. 


Kokdu: Season of Deity


Namun tawaran kerja tersebut sebenarnya hanya alasan Do Jin Woo agar Han Hye Jeol sudi menjadi saksi atas kes salah laku yang berlaku di hospital tersebut.

Pada hari mereka sepatutnya datang ke mahkamah, Do Jin Woo terjatuh dari bangunan di hadapan mata Han Gye Jeol. Ketika sedang memberikan pertolongan cemas, Do Jin Woo tiba-tiba bangun seperti tiada apa-apa yang berlaku.


Kokdu dihukum oleh dewa kerana ingkar. Dia diarahkan turun ke dunia setiap 99 tahun selama 99 hari. Sepanjang dia di dunia dia akan mendengar suara menyeru kematian pada jam 9.09 malam. Dia perlu membunuh kejahatan dan sumpahan tersebut hanya akan lenyap jika dia menemui kekasihnya,Seol Hui yang telah dilahirkan semula.

Kokdu: season Of deity



Kokdu masuk kedalam tubuh Do Jin Woo yang telah mati. Demi membersihkan nama baiknya Han Gye Jeol berusaha mencari Do Jin Woo tanpa menyedari  tubuh lelaki tersebut sudah diambil alih oleh Kokdu.

Pelakon Kokdu: Season Of Deity

Kokdu: season Of deity


Kim Jung-Hyun - Kok-Du

Lim Soo-Hyang - Han Gye-Jeol

Kim Da-Som - Tae Jung-Won

An Woo-Yeon - Han Cheol

Kim In-Kwon - Okshin

Cha Chung-Hwa - Gakshin

Koo See-Yeon - Kim Hyang-Ja

Catat Ulasan

0 Ulasan