YEE SANG HALAL KE? CARA BUAT YEE SANG

YEE SANG HALAL KE? CARA BUAT YEE SANG  | Selalu sangat jumpa pertanyaan, "yee sang ni halal ke?" Sebenarnya Yee Sang dibuat tanpa menggunakan sebarang daging. Ianya dibuat daripada buah-buahan, sayur-sayuran yang berwarna-warni serta keropok. Ada juga diletak kan ikan mentah, biasanya ikan  salmon digunakan untuk membuat Yee Sang. Yee Sang adalah hidangan wajib yang dimakan bersama keluarga ketika menyambut Tahun Baru Cina.

Yee Sang Resipi


Tentang soalan sama ada Yee Sang halal atau tidak, ianya bergantung kepada bahan yang digunakan, dan dimana anda mendapatkan Yee Sang tersebut. Sebagai contoh, anda membeli Yee Sang yang disediakan di restoran tidak halal. Jadi makanan tersebut akan menimbulkan keraguan tentang status halal. Jadi lebih baik dielak kan kerasa risau dengan penggunaan alatan sewaktu penyediaan hidangan tersebut.

Begitu juga dengan bahan-bahan untuk membuat Yee Sang. Sayuran dan buah-buahan memang halal. Tapi mungkin terdapat campuran bahan lain yang tidak mendapat sijil halal seperti sos Hoisin atau produk sos plum.

Jadi halal atau tak halal bergantung pada pengesahan sijil halal syarikat pengeluaran produk-produk tersebut tersebut.

BACA:RESEPI AYAM MASAK MERAH SIMPLE TAPI SEDAP

Resipi Yee Sang Homemade - Halal dan Sedap


Bahan-bahan biasa:

lobak merah, putih dan hijau
Capsicum
jeruk halia
kubis merah
ketumbar
Bawang besar
timun
Salmon (segar atau salai)
Limau Bali
mangga
Buah mandarin
dumpling skin/wonton

Bahan-bahan untuk dressing:

1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar air
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos hoisin jenama LIFE
1/2 sudu kecil lada putih
1/2 sudu kecil Chinese 5 Spice Jenama McCormick

Topping tambahan (untuk semasa menghidang):

1/3 cawan sos plum jenama LIFE
bijan
Kacang tanah panggang/tumbuk
Jus Limau nipis atau lemon


Arahan :

1. Potong dumplng skin atau wonton menjadi jalur-jalur.

Goreng dalam minyak yang banyak hingga perang keemasan (anggaran 30 saat - 1 min).

Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara.

2. Potong sayur-sayuran menjadi jalur panjang yang halus dan potong buah-buahan menjadi potongan yang lebih kecil - pastikan anda meletakkan semua bahan secara berasingan dan jangan mencampurkannya. ketepikan.

3. Satukan semua bahan- untuk dressing dalam kuali kecil di atas api sederhana, kacau sentiasa untuk memastikan bahan sebati.

Pindahkan ke dalam mangkuk kecil.

Bahan-bahan untuk topping juga di letak an dalam mangkuk kecil disisi pinggan Yee Sang.

Gunakan pinggan yang besar untuk menyediakan Yee Sang . Sayur dan buah-buahan di susun kemas. Letakkan salmon di bahagian tengah pinggan, dan skin dumpling atau wonton yang sudah digoreng tadi.

Sebaik sahaja semua orang berkumpul di sekeliling meja dan bersedia untuk lou , renjis-renjiskan dressing atas sayur-sayuran, taburkan bijan dan kacang tanah hancur di atas juga.

Bila tiba masanya , mula mngangkat salad menggunakan penyepit dan nikmati lah ia.

Yee Sang Halal


Cara Makan Yee Sang Yang Betul 

Adalah dipercayai bahawa lebih tinggi anda mengangkat yee sang, lebih baik nasib yang anda akan perolehi pada tahun baru! Sediakan penyepit untuk mengangkat dan bersiap sedia mendengar kekecohan ahli keluarga dan rakan-rakan anda.. Ucapan selamat selalu diucapkan sambil menyiram sos ke atas yee sang.

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan