REVIEW DAN SINOPSIS : 1 DOLLAR LAWYER (KDRAMA 2022)

REVIEW DAN SINOPSIS : 1 DOLLAR LAWYER (KDRAMA 2022) | Kalau korang dah lama tak tonton drama komedi, saya nak cadangkan kdrama 1 Dollar Lawyer untuk korang tonton. Drama ni dilakonkan oleh Namkoong Min dan Kim Ji Eun. 



Untuk 2 episod awal, rating drama ni sangat baik berbanding drama lain.  Saya sendiri sukakan drama yang dari awal sudah menambat hati penonton kerana dari episod awal lah , akan menentukan sama ada episod akan datang ditonton ataupun tidak.

Drama peguam dengan genre komedi yang bagi saya sangat berbaloi di tonton. Penuh dengan gelak ketawa dan jalan cerita setiap episod juga sangat pantas. Tak membosankan walaupun hanya komedi ringan.

Saya sangat suka dengan 4 watak utama dalam drama ni, Cheon Ji Hun, Baek Ma Ri , Seo Min Hyuk dan Sa Mu Jang. ketiga-tiganya kelakar. 

Jalan cerita setiap kes yang diuruskan mereka juga sangat menarik.Walaupun tak semua kes diselesaikan dengan babak di dalam mahkamah , ianya tak menjejaskan jalan cerita.


BACAREVIEW DAN SINOPSIS : LITTLE WOMAN (KDRAMA 2022 )

Sinopsis 1 Dollar Lawyer 

Kdrama 1 Dollar Lawyer mengisahkan Cheon Ji Hun seorang peguam dan pembantunya , Sa Mu Jang yang mengenakan bayaran hanya 1 Dollar kepada setiap pelanggan mereka. Cheon Ji Hun seorang peguam yang dikenali sebagai peguam yang sukar di fahami tindakan nya. 

Dia berjaya dalam setiap kes yang ditanganinya. Namun dia hanya memilih untuk berada difirma guaman nya sendiri yang terletak dibangunan usang , kotor dan kerap lari dari bayaran sewa. 

Baek Ma Ri seorang cucu kepada pengasas firma guaman terkenal dan baru sahaja menamatkan pengajian nya dalam latihan kehakiman. Datuknya mengarahkan Baek Ma Ri bekerja di bawah firma guaman milik Cheon Ji Hun selama tempoh percubaan. Walaupun pada awalnya dia tidak setuju namun demi mendapatlan penilaian yang baik dia terpaksa menurut kehendak datuknya. 

Bekerja sama dengan Cheon Ji Hun dalam menyelesaikan beberapa kes membuatkan Baek Ma Ri mula mempelajari cara kerja Cheon Ji Hun.



Dalam masa yang sama Seo Min Hyeok yang baru pulang dari luar negara cuba mendekati Baek Ma Ri. Ayahnya juga mempunyai niat agar Seo Min Hyeok dapat mewarisi firma guaman Baek jika anaknya dan Baek Ma Ri berkahwin.


Pelakon

Namkoong Min

Kim Ji Eun

Park Jin Woo

Choi Dae Hoon

Lee Deok Hwa

Gong Min Jung

Ha Sung Kwan


/>

Catat Ulasan

0 Ulasan