ROSMAH MANSOR DIDAPATI BERSALAH 3 TUDUHAN RASUAH PROJEK SOLAR

ROSMAH MANSOR DIDAPATI BERSALAH 3 TUDUHAN RASUAH PROJEK SOLAR |  KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini (1 Sep) mendapati Rosmah Mansor bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.




Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah terhadap Cik Rosmah.



Cik Rosmah, 70 tahun, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin, yang ketika itu adalah pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd melalui bekas pembantunya Encik Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion itu.

BACANAJIB RAZAK KEKAL HUKUMAN 12 TAHUN PENJARA DAN DENDA 210 JUTA

Pada 18 Feb tahun lalu, isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak itu diperintah membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Setelah memanggil dua saksi iaitu tertuduh sendiri dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Siti Azizah Sheikh Abod, pihak pembelaan menutup kes pada 23 Feb lalu
.

Catat Ulasan

0 Ulasan