REVIEW DAN SINOPSIS : MENTAL COACH JEGAL (KDRAMA 2022)

REVIEW DAN SINOPSIS : MENTAL COACH JEGAL | Drama lakonan Jung Woo sebagai Coach Jegal Gil ini disiarkan bermula 12 September 2022. Drama ini arahan Kim Ban Di yang pernah mengarahkan drama popular Special Labor Inspector Mr. Jo pada tahun 2019.



Tak banyak drama dengan genre sukan yang mendapat tempat dihati peminat-peminat kdrama. Sama seperti drama ini, rating setiap minggu cukup rendah. Mungkin tak ramai yang menonton nya jadi tak ramai juga yang percaya drama ini cukup bagus dan menghiburkan. 

Walaupun rating nya rendah tapi saya suka kan drama ini sebab drama ni membuatkan saya bersemangat. Melihat kecekalan atlet sukan yang berjuang demi diri sendiri ketika jatuh dibawah, bagaikan peransang untuk saya walaupun saya bukan lah atlet.

Jika anda selalu merasa tidak bersemangat dan selalu putus asa saya sangat mengsyorkan anda menonton drama ini. Ianya tentang perjuangan melawan diri sendiri ketika anda merasa tidak ada sesiapa bersama anda. 

Drama ni juga mengetengah kan isu dalam politik sukan di Korea. tentang bagaimana ada tangan -tangan jahat dalam persatuan sukan yang sengaja mensabotaj atlet demi kepentingan diri sendiri. Isu keganasan yang dialami oleh pelatih juga didedahkan dan membuka mata penonton tentang bagaimana kepayahan yang dialami beberapa atlet untuk menempatkan diri dalam pasukan kebangsaan.

BACA: REVIEW DAN SINOPSIS : BIG MOUTH  (KDRAMA 2022)

Namun apa yang lebih menarik watak Coach Jegal Gil, seorang bekas atlet yang pernah melalui kepayahan untuk menempatkan diri dalam pasukan kebangsaan , menjadi coach mental untuk atlet. Ini yang menarik kerana dia juga pernah merasai jatuh bangun sebagai atlet. Dibuli dan dipandang rendah oleh jurulatih membuatkan dia faham apa yang dilalui atlet-atlet baru. 

Sinopsis Mental Coach Jegal

Jegal Gil seorang atlet  Taekwando yang sedang cuba untuk menyertai pasukan kebangsaan. Namun disebabkan satu tragedi ketika pertandingan dia akhirnya gagal dan mengalami trauma.



Dia kemudian nya meninggalkan dunia taekwando dan mula menulis buku serta banyak menyampaikan ceramah berkaitan sukan dan keyakinan diri. Satu hari dia bertemu seorang rakan lamanya, Cha Mu Tae yang meminta bantuan untuk membantu adiknya , Cha Ga Eul. 

Cha Ga Eul seorang atlet luncur ais yang sedang menempatkan diri dalam pasukan kebangsaan. Dia dan rakan sepasukan nya sering menjadi mangsa keganasan jurulatih. Cha Ga Eul tidak mahu menurut arahan jurulatihnya kerana baginya , dia layak untuk menyertai pasukan kebangsaan. 

Jegal Gil yang menyedari apa yang dilalui Cha Ga Eul, cuba untuk membantu atlet ini agar berjaya. Dia terpaksa berdepan dengan Ku Tae Man yang juga pengarah pusat hak asasi manusia persatuan olahraga dan Jurulatih Oh Dal Sung yang berusaha untuk menggagalkan niat dan usaha atlet di bawah jagaan Jegal Gil.



Jegal Gil tahu dia perlu masuk ke perkampungan atlet agar dapat lebih mudah membantu Cha Ga Eul. Dia kemudian nya memohon untuk menjadi jurulatih mental di situ.


Pelakon Coach Jegal Gil

Jung Woo

Lee Yoo Mi

Park Se Young

Kwon Yool

Moon Yoo Kang

Heo Jung Do

Catat Ulasan

1 Ulasan