REVIEW DAN SINOPSIS : LITTLE WOMAN (KDRAMA 2022 )

REVIEW DAN SINOPSIS : LITTLE WOMAN (KDRAMA 2022 ) | Banyak juga Kdrama baru untuk bulan September yang menarik dan bagi saya drama Little Woman antara yang mencuri perhatian saya sejak awal lagi disebabkan pelakon-pelakon yang membarisi drama ini.




Baru masuk episod 2 dan bersiaran sejak awal september. Untuk episod awal saya boleh kata drama ni menarik dan mungkin akan jadi bualan ramai. Bukan saja disebabkan pelakon-pelakon yang boleh dikataan lagend tapi juga disebabkan jalan ceritanya yang sangat suspend dan memberi banyak tanda tanya pada penonton.


Plot drama ni juga sangat cepat. Memang penuh debaran dan korang tak patut lepaskan setiap babak cerita ni. Dari awal sehingga tamat episod 2 semuanya sangat tersusun cantik, mudah faham dan korang boleh agak ketiga gadis ni akan berdepan dengan seorang yang mengkucar kacir kan hidup mereka. 

Dilihat dari pelakon2 yang membarisi drama ni, rasanya boleh dapat rating yang tinggi. Ada Kim Go Eun dan Wi Ha Joon. Soong Joong Ki juga ada sebagai cameo memegang watak promoter di kedai kasut berjenama.


Kalau drama arahan Kim Hee won, memang selalunya tak mengecewakan contohnya , Vincenzo. Untuk drama ni saya cuma harap endingnya sesuatu yang membahagiakan.

Cuma kecewa sikit di episod kedua , watak yang dipegang Oh Jung Se, mati kemalangan. Saya nak tengok Oh Jung Se lagi. hahah.. 



Sinopsis Kdrama LIttle Woman 2022

Drama ni tentang 3 orang adik beradik yang mempunyai kehidupan yang rumit . Selepas ibu mereka melarikan diri ke Filipina, mereka hidup bersama dan saling menyokong.

Oh In Joo anak yang sulung berusaha untuk membahagiakan 2 adik nya. Dia sering dipandang rendah ditempat kerja. Tapi mempunyai hubungan baik dengan Hwa Young yang turut dipulaukan rakan sekerja lain.

Mereka kerap mengisi masa bersama. Hwa Young juga kerap berpakaian mewah dan meminjamkan wang pada In Joo. sehingga lah satu hari In Joo ke rumah Hwa Young dan menemui Hwa Young mat* tergantung di dalam almari pakaian.




Kematian Hwa Young menjadi misteri apabila majikan mereka mengesahkan Hwa Young mencuri berjuta-juta wang syarikat.

In Joo awalnya tidak percaya sehinggalah dia mendapati sejumlah wang yang banyak, peninggalan Hwa Young untuknya.


Dalam masa yang sama , Oh In Kyung, adik keduanya, seorang wartawan mula menghidu salah laku seorang ahli politik. Dia kemudian nya digantung kerja kerana minum semasa bertugas.

Keluarga ahli politik ini juga mempunyai seorang anak perempuan yang rapat dengan Oh In Hye, adik ketiga mereka.

Apa yang membuatkan 3 beradik ini terlibat menentang keluarga kaya dan paling berpengaruh di Korea ini? Kena tonton



Pelakon Little Woman (kdrama 2022)

Kim Go Eun

Nam Ji Hyun

Park Ji Hu

Wi Ha Joon

Kim Mi Sook

Park Ji Young

Park So Yi

Uhm Ki Joon

Uhm Ji won

Catat Ulasan

0 Ulasan