PERMOHONAN BANTUAN SUBSIDI CAR SEAT (MyCRS ) UNTUK KANAK-KANAK KELUARGA B40

PERMOHONAN BANTUAN SUBSIDI CAR SEAT (MyCRS ) UNTUK KANAK-KANAK KELUARGA B40 |  Penggunaan car seat dapat  mengurangkan risiko kecederaan dalam kemalangan sebanyak 71–82% untuk kanak-kanak dan bayi. Di sebabkan itu bermula tahun 2020 kerajaan menggalak kan penggunaan car seat bagi setiap kanak-kanak dan bayi. Langkah ini bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan yang teruk kepada bayi dan kanak-kanak.




Untuk menggalak kan penggunaan car set dikalangan rakyat Malaysia Kerajan telah memperkenalkan program subsidi car seat yang dinamakan Program Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Keluarga Malaysia (MyCRS). 

Program ini khusus untuk memberi bantuan subsidi car seat buat keluarga B40 sehingga 50% daripada harga car seat! 


Orang ramai digalak kan untuk memohon bagi menjayakan program ini. Permohonan bolehdilakukan secara online sahaja. Bagi yang ingin memohon berikut adalah beberapa syarat dan cara untuk memohon.:

Tempoh permohonan program subsidi ini tekah dibuka sejak 1 Mac 2022 yang lalu dan program ini masih lagi dibuka sehingga 30 September 2022. Masih berbaki 2 bulan sahaja lagi sebelum tempoh permohonan di tutup untuk anda mendapatkan peluang bantuan bantuan subsidi ini. 


BACA: SAPS IBU BAPA: SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE

Siapakah yang layak untuk memohon 
MyCRS ? 

a. Penerima bantuan subsidi MyCRS mestilah dari kalangan B40 kategori isi rumah 

b. Berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berusia kurang daripada 12 tahun

c. Ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak berusia kurang daripada 12 tahun 

d. Anak angkat mestilah berdaftar dengan JPN 

e. Warganegara yang menetap di Malaysia


Berapa banyak kah  subsidi 
MyCRS yang akan diberikan bagi setiap pemohonan yang layak?
 
Untuk car seat berharga RM300 ke bawah, subsidi yang diberikan ialah sebanyak 50% 

Manakala untuk car seat berharga RM301 dan ke atas jumlah subsidi yang diberikan ialah sebanyak  RM150 

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil elok lah memohon secepat mungkin sebelum 30 september ini. 

Anda boleh membuat permohonan 
MyCRS melalui laman web ini : https://mycrs.gov.my dan keputusan permohonan boleh diperolehi dalam masa 3 hari bekerja!

Catat Ulasan

0 Ulasan