SUAMI JUGA PATUT LEBIH TAHU BANYAK PERKARA TENTANG HAID WANITA

SUAMI JUGA PATUT LEBIH TAHU BANYAK PERKARA TENTANG HAID WANITAHaid adalah perkara yang dilalui oleh setiap wanita .Disebabkan itu ramai lelaki yang rasa haid adalah perkara yang hanya wanita sahaja patut tahu.Tapi sebenarnya orang lelaki patut tahu tentang haid lebih banyak berbanding wanita kerana apa bila seorang lelaki memegang status sebagai suami dialah yang akan menjadi rujukan isteri jika isteri keliru dengan status haid mereka lagi-lagi perkara yang berkaitan dengan solat.



Antara perkara yang suami perlu tanyakan pada isteri apabila bergelar suami isteri adalah mengenai mandi wajib. Tapi tak ramai lelaki yang akan tanyakan hal ni kerana dia merasakan isterinya dah hidup lebih 20 tahun. Dah berapa kali datang haid.. Mustahil tak tahu mandi wajib.Betul tak??



Tapi tak salah kalau suami tu bertanya..kalau tak betul cara isteri, suami wajib tegur dan ajar isteri. Suami kena tahu apa beza darah haid dan darah penyakit. Apa itu Darah nifas, dan sebagainya.. Kena tahu berapa lama tempoh haid, darah nifas pulak berapa lama. Masa haid apa wanita boleh buat dan tak boleh buat.

Kena tahu semua tu dan banyak lagi...kalau suami tak tahu , dia tengok isteri dia tak solat pun dia diam je. Dia ingat isteri dia datang haid 3 bulan.

Bila isteri dah seminggu haid suami tanya pulak..

"eh..awak ni tak habis datang bulan lagi ke.."

"belum..ada coklat2 je la.."

"alah..sikit je tu..tak pe solat je la..malam ni jangan tidur awal"




Isteri pulak tak berapa reti,Ikut je cakap suami tu..Ha..suka-suka hati dia je..kan susah tu.. Sebab itu lah suami kena tahu benda2 gini. Lagi bagus kalau dua2 pihak tahu. Isteri pun kalau was-was jangan nak main agak-agak.Tanya lah suami..Kalau dua-dua tak tahu belajar la..Ingat kahwin ni setakat cukup tahu bila isteri subur je ke?

Catat Ulasan

0 Ulasan