RESEPI MEE KARI PALING SEDAP DAN MUDAH




RESEPI MEE KARI PALING SEDAP DAN MUDAH|  Dah makan ke???Mee kari ada lagi tu..sapa nak sila masak sendiri..Ada yang nak resepi mee kari yang paling sedap dan mudah?Bagi saya mee kari adalah hidangan paling senang.nak disediakan..sebab itu memasak mee kari adalah mudah shaja tapi ianya hidangan yang sangat sedap.

Hari ni saya akan kongsikan resepi Mee Kari yang sedap dan mudah.Untuk bahan-bahan nya korang boleh letak apa saja.Macam saya tak suka letak kerang jadi abaikan kerang tu..kita meriahkan dengan bahan lain.

Jom kita tengok resepi...

Mee kari Paling Sedap dan Mudah



Bahan-bahan masak Mee Kari 


*hidangan untuk sepuluh orang dewasa..:)

2 bungkus mee kuning
minyak masak untuk menumis
1/2 ayam } di potong kecil

1 genggam daging }dipotong kecil
Udang saiz kecil10 biji fishball}belah 2
2 keping fishcake}hiris nipis
santan satu kotak
2 batang serai 

1 mangkuk cili kering yang dah dikisar
3 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar rempah kari daging
5 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih* {kisar ketiga2 bahan *
1 inci halia*
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
daun kari
4 biji ubi kentang } sebiji dipotong 8

~bahan yang nak ditabur atas mee tu..
taugeh
daun sup}dihiris nipis
daun bawang}dihiris nipis
bawang goreng
sawi} celur
telur rebus
Tauhu digoreng dan dipotong dadu
limau kasturi}
cili besar/cili yang kecik2}dihiri nipis (pilih la mana yang suka)

cara-caranya..

1)celur mee.jangan sampai kembang sangat.

2)panaskan minyak masak dalam periuk dan tumis daun kari dan serai dulu.
kemudian masuk kan kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang



3)masuk kan pulak bawang merah,bawang putih,halia yang telah dikisar bersama cili kisar. Tumis 
sampai agak2 dahgaring masuk kan pulak rempah daging dan rempah
ikan dan 1 cawan air.

4)masuk kan pulak ayam,daging,fishcake,fishball dan ubi kentang..

5)kacau2 sampai sebati dan masuk kn 1-2 cawan air.
kalau pekat sangat bubuh la lebih sikit air.masak hingga naik minyak.

6)kemudian masuk kan 3-4 cawan air. masak hingga mendidih

7)dah mendidih tutup api dan masukkan santan.kacau2 dan tutup periuk tu..



Nak makan masuk kan mee dulu.lepas tu bubuh la bahan2 yang nak ditabur atas mee tu..cedok kuah dan makan sampai kenyang!heheh..

dalam resepi ni tak de kerang sebab suami saya tak suka kerang
bubuh dalam mee kari. tak syok!tapi ramai yang buat mee kari letak kerang..

***kalau tak makan kerang.tak payah bubuh kerang,tak makan daging jangan bubuh daging.tak makan ayam jangan bubuh ayam.ikut suka la nak bubuh apa..hehehh

/>

Post a Comment

0 Comments