RESEPI CUCUR UDANG PALING SEDAP DAN MUDAH

RESEPI CUCUR UDANG PALING SEDAP DAN MUDAH | Selalu jugak saya buat Cucur Udang ni tapi tak pernah terlintas nak share resepi. Tak susah pun nak buat cucur udang yang sedap dan mudah ni.kalau buat sendiri lebih puas hati..Saya seorang penggemar cucur udang.




Kalau tengok ada orang jual pasembor, mesti cucur udang tu kena lebih.Tapi faham2 jela kalau cucur udang beli ni, dia letak serbuk perasa .Saya ni memang alah dengan serbuk perasa. Ada yang letak serbuk perasa ayam dan juga ikan bilis. Kali ni saya nak kongsi kan cara buat cucur udang yang lebih sedap kalah dekat kedai2 tu. Tak payah letak MSG tau..


Bahan-bahan resepi cucur udang paling sedap dan mudah.



2 cawan tepung gandum
300 g udang saiz sederhana..buang kepala dan ekor dan bersihkan.
kalau nak guna udang saiz kecik2 tu pun boleh..Yang penting namanya udang.heheh
1 biji ubi kentang
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
1 biji telur
1 cawan air
1 sudu kecil garam
2 cawan minyak masak


Cara-cara:-


1-Masuk kan tepung ke dalam bekas, pecah kan telur kedalam tepung, masuk kan garam dan udang yang dah dibersihkan.


2-Hiris daun bawang , daun sup dan masuk kan dalam tepung tadi.Potong ubi kentang kecil2 saiz dadu dan masuk kan sekali .. Tapi saya guna cara paling senang, potong 2 daun bawang ,daun sup dan ubi kentang. masuk kan dalam manual Chopper.dah hancur semua..halus2 lagi sedap..




3-Masuk kan air ke dalam tepung dan gaul sebati..jangan cair sangat.nanti cucur korang jadi leper je..



4-Panas an minyak dan senduk kan ke dalam minyak yang panas tu..Goreng sampai garing dan kekuningan.




5-kalau korang nak kan cucur udang yang berongga macam gambar kat atas nun, lepas korang bancuh adunan, tutup adunan lepas tu dan ketepikan selama 30 minit hingga 1 jam.Kemudian baru goreng.. Baru lah ada rongga2 tu..tapi kalau tak nak peram pun tak pe..Goreng masa tu jugak pun sedap.


6- nak goreng tu tak payah nak bentuk cantik2 sangat la..nanti dah siap nak kena potong2 jugak..







Tapi kalau nak buat comel2 pun lagi bagus..kan??kalau saya buat mana yang mudah je la..


oK.. selamat Mencuba..

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan