CANTIKNYA MUZIUM KOTA KAYANG PERLIS DENGAN PEMANDANGAN LUAR BIASA

CANTIKNYA MUZIUM KOTA KAYANG PERLIS DENGAN PEMANDANGAN LUAR BIASA | Selalunya kalau jalan kemana-mana malas nak share cerita di blog. Tapi kali ni aku nak share jugak la sebab tempat yang aku pergi ni agak menarik dan patut dikongsikan agar lebih ramai yang mengunjungi Muzium Kota Kayang ni.



Memang dah lama sangat nak pergi ke Muzium Kota kayang, Perlis ni. Selalu nya nampak orang share gambar ke Muzium Kota Kayang, tapi kali ni diri sendiri berpeluang ke Muzium yang terkenal dengan latar belakang semulajadi yang sangat cantik dan menarik. 

Dah banyak Muzium Negeri yang kami kunjungi di Malaysia ni sebab anak-anak memang suka sangat ke Muzium. Kebanyakan Muzium Negeri memang letaknya di tengah bandar atau pekan. Tapi berbeza dengan Muzium negeri yang satu ni. Nak tahu apa yang istimewanya? jom baca..

Muzium Kota Kayang

Mudah sangat nak mencari jalan ke Muzium Kota Kayang ni. Mulanya kami fikir kami sesat sebab Muzium ni letak nya agak ke dalam sikit. Jalan nak ke Muzium ni jugak agak sunyi dan bukan di tengah-tengah bandar seperti Muzium lain.

Sebaik kami sampai didepan pagar dah nampak dibelakang muzium ada tersergam pemandangan cantik alam semulajadi.  MASUK ADALAH PERCUMA. Kalau datang dengan kereta sorang wakil je turun dan daftar kat pengawal keselamatan depan pagar.

Walaupun ada 2 bangunan ringkas ni tapi kami masuk bangunan yang belah kiri saja sebab waktu tu dah petang. Takut tak sempat nak jalan-jalan kat bahagian belakang Muzium ni.





Masa ni dah petang. Masing2 dah penat tapi lepas2 turun dari muzium dan jalan kat belakang muzium terus hilang penat sebab pemandangan cantik..
 

Bahagian dalam Muzium sama saja macam muzium lain. Tapi Muzium Kota Kayang tak berapa luas jadi kami tak lama di dalam ni. Dalam  30 minit saja kemudian kami keluar.

Muzium paling menarik

Tak banyak gambar bahagian dalam Muzium yang boleh aku kongsi sebab benda gini tak sesuai nak kongsi di blog. Lebih seronok kalau korang dapat masuk sendiri dan tengok apa tinggalan sejarah kat dalam tu. 

Paling menarik dan sedap mata memandang adalah pemandangan diluar Muzium Kota Kayang, Perlis.



Ada gua kat situ. Tak tahu la boleh masuk ke tidak. Gelap je.. Takut jugak.. Dekat dalam2 dia tu ada lagi pintu gua kecil2.Nanti tengok video kat bawah..

Bahagian belakang muzium ni memang sangat-sangat cantik. Tempat ni juga selalu jadi tempat pengantin buat photoshoot. Masa kami datang pun ada 2,3 pasangan pengantin buat photoshoot disini.


Salah satu pasangan pengantin yang buat photoshoot kat sini.Untung la dapat gambar kawin dengan latar belakang yang cantik..

Tak banyak gambar disini sebab aku cuma rekod video saja. Lagi best nak tonton. Boleh la korang feel macam korang ada kat situ jugak kan..


Layan je la gambar-gambar dan video ni..


Ada buaian di belakang Muzium dekat dengan perigi . Boleh la berangan jadi bawang merah sekejap.


Ni pemandangan kawasan belakang muzium dari atas bukit belakang Muzium. Cantik..kan??Tapi kena turun cepat sebab banyak nyamuk. Hutan kan...

Nampak tak ada macam rumah kecik tiang kuning tu. Itu Tandas ye. Kalau tengok video di bawwah ni boleh nampak jelas la tandas tu. Tandas bersih.

@dira_shi Pemandangan cantik sekitar Muzium Kota Kayang, Perlis. #nature ♬ A warm piano instrumental ballad(808701) - NOPPO MUSIC

@dira_shi Pemandangan Sekitar Muzium Kota Kayang,Perlis. #nature ♬ A warm piano instrumental ballad(808701) - NOPPO MUSIC

Muzium ni tutup pukul 5 petang. Kalau nak jalan masuk ke bahagian gua2 kat belakang muzium tu jangan la datang lewat petang sangat. Tak sempat nak lama-lama di dalam tu nanti. 

Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi-5 petang 

Tel: 04- 977 0027

Location:https://maps.app.goo.gl/YnipQd4p397NaK8z6 

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan