ATLET BADMINTON, NUR IZZUDDIN JADI SOROTAN GADIS-GADIS DI TERBUKA INDONESIA 2022

ATLET BADMINTON, NUR IZZUDDIN JADI SOROTAN GADIS-GADIS DI TERBUKA INDONESIA 2022 | Atlet badminton negara sering menjadi perhatian peminat sukan tersebut sejak akhir-akhir ini. Bermula dengan Lee Ji Zea dan  Soh Sooi Yik,  kini nama Nur Izzuddin sering disebut-sebut peminat badminton dari Malaysia dan juga Indonesia. 



Dengan aksi tangkas dan ditambah dengan wajah yang tampan, penampilan Nur Izzuddin sangat dinanti-nantikan peminat sukan tersebut terutamanya gadis-gadis dari negara seberang.

Malah ada yang mengatakan atlet berusia 25 tahun ini saling tak tumpah seperti penyanyi popular dari Korea selatan yang dikenali sebagai Wonpil dan juga aktor Korea Selatan, Kim Mingyu.

Sebelum ini video Izuddin yang beraksi di Piala Thomas 2021 pernah menjadi viral dan menjadi tumpuan gadis-gadis di Malaysia , namun sejak Terbuka Indonesia 2022, penampilan nya kini menarik perhatian gadis-gadis indonesia.


Izzuddin dan Goh Sze Fei berdepan dengan pemain bergu dari Indonesia, Fajar Alfian dan Muhmmad Rian Ardianto dalam saingan di Terbuka Indonesia 2022 (15 june 2022) . Perlawanan yang berlansung sebentar tadi menyaksi kan pasangan negara tewas kepada tuan rumah dengan 21- 19, 21- 14 dalam tempoh perlawanan 39 minit.

Biodata Nur Izzuddin 

Nama Penuh: Nur Izzuddin Mohd Rumdsani

Tarikh Lahir: 11 November 1997

Asal: Muar, Johor

Tinggi : 1.75 m

/>

Post a Comment

0 Comments