ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM SUAMI YANG TAKUTKAN ISTERI

ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM SUAMI YANG TAKUTKAN ISTERI | Dalam satu-satu hubungan jika pasangan takut pada kita itu bermakna hubungan itu tidak sihat. Apa lagi kalau seorang suami yang selayaknya dianggap pemimpin dalam rumahtangga jadi takut pada isteri. 


Seorang lelaki tak kan mengaku yang dia takut kan isteri.Biasanya dia akan beri alasan, "tak mahu besar-besarkan masalah..".."tak mahu nanti jadi punca pergaduhan..." Padahal dalam diam dia pendam semuanya sampaikan ada yang mengalami masalah mental. So macam mana nak tahu yang anda tu takut isteri atau tidak?

Ciri-ciri lelaki yang takut isteri.


1- Dia merasa tidak seronok dan setiap kali selepas habis waktu kerja.Ada seperti satu perasaan tidak selesa setiap kali dia mula memikirkan tentang rumah dan isteri .Dia mula fikir entah apa yang dia akan hadapi bila dia tiba di rumah nanti walaupun dia tahu dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

2- Ramai wanita sukakan pujian.Tapi jika sentiasa mendesak untuk pujian dan suami jelas dengan terpaksa memberi kan pujian, itu bermakna suami takutkan isteri.Suami tak mampu berbincang bersama isteri tentang keburukan isteri dan hanya pujian yang mampu di berikan sehinggakan perasaan nya sendiri terabai.



3-Tidak mempunyai tempat mengadu masalah juga adalah tanda suami takutkan isteri.Ini kerana dia hanya mampu menunjuk kan yang "saya ok.." untuk tidak menunjuk kan yang dirinya lemah ,dan tetap kuat.Semakin lama rasa takut untuk meluahkan perasaan dan masalah sendiri itu membuatkan diri mereka lebih banyak dikuasai oleh isteri.



4- Ketika isteri mendesak ada perubahan berlaku dalam tubuh suami.Rasa stress dan rasa takut bercampur dan ianya menyebabkan suami menjadi murung bila berdepan dengan isteri tapi berubah menjadi ceria dan gembira bersama kawan-kawan.

Pada suami-suami yang takut nak mengaku anda takut kan isteri, lakukan lah perubahan demi untuk diri anda sendiri. Rumahtangga dan keluarga memang penting tapi kalau diri sendiri tak bahagia adakah anda rasa mampu untuk membahagiakan keluarga anda.

Jangan takut dengan ugutan dan suara nyaring isteri bila anda bersuara. Ketahui bahawa bila isteri bbersuara, dan suami jadi takut, itu bermakna isteri anda derhaka.Tidak kah anda mahu ke syurga bersama-sama isteri anda..?? Buktikan pada keluarga andalah sebenarnya nakhoda..bukan isteri anda..

Catat Ulasan

0 Ulasan