REVIEW MAYBELLINE COLOR SENS CREAM MATTE 806 INDIPINK NIGHT . KEKAL CANTIK SEHARIAN DAN TAK KERINGKAN BIBIR

REVIEW MAYBELLINE COLOR SENS CREAM MATTE 806 INDIPINK NIGHT . KEKAL CANTIK SEHARIAN DAN TAK KERINGKAN BIBIR | Aku baru perasan sebenarnya dah setahun lebih tak beli lipstik. Jarang-jarang dah keluar rumah sejak ada covid ni jadi memang lipstik yang ada pun  tak habis-habis. sebab tu tak beli. Tapi sebab nak raya hari tu, kita pun nak la juga lipstik baru. Yang lama-lama tu , entah2 dah expired . Hahah.



Pilihan aku, nak lipstik matte yang tak buat bibir aku nampak kering macam pakai lipstik matte. Aku nak lipstik matte yang buat bibir aku nampak lembab , tapi tak nak yang rasa lembab. Nampak macam rumit dan cerewet tapi kita memang suka kan  lipstik yang macam tu,..kan?

Nampak lembab tapi tak rasa lembab. 

Aku pilih untuk pergi watson je la . Watson dekat Lotus Alma. Dekat Pearl City Tasek Mutiara ni pun ada Watson tapi tak banyak pilihan.

Aku pergi Watson Lotus Alma ni silap hari la. Pun sama tak banyak pilihan. Sebab nya habis licin orang beli sebab nak raya. Bahagian lipstik ni tinggal beberapa brand je la yang penuh.

Tu belum barang makeup lain lagi. Memang macam kena serbu. Nampaknya memang bukan aku sorang je la nak lipstik baru di hari raya. Haha.

Maybelline Color Sens Cream Matte

Pilih punya pilih aku macam tertarik dengan Maybelline Color Sens Cream matte . Code 806 Indipink Night. Sebab kulit aku tak la cerah sangat dan tak gelap sangat aku lebih sesuai dengan colour yang macam ni.



Masa aku pilih ni cuma tinggal tak sampai 5 batang pun. Untuk koleksi ni sebenarnya ada 47 warna cantik-cantik. Mujur la kaler yang aku nak memang ada. Nasib baik. Kalau tidak nangis. 

Jadi hari raya lepas , melaram dengan lipstik baru la. Yang bestnya lipstik ni memang tak keringkan bibir. Dia ada satu bau yang macam candy sikit tapi tak de rasa pun. 



Makan minum beraya di 5,6 rumah pun lipstik masih kekal cantik. Tak kering, kekal lembab macam baru dipakai. Pengalaman beli lipstik matte sebelum ni, lepas beberapa jam pakai, bibir jadi kering dan lipstik nampak macam cat di bibir. Nak cuci pun susah. Sampai panas bibir.

indoor dia kaler gini. Bulat betul muka aku sejak gemuk ni. 


Tapi dengan Maybelline  Cream Matte ni tak de masalah bibir kering, tak susah nak cuci dan paling penting masa kita ketap2 bibir marah anak tak duduk diam pun , lipstik tak melekat kat gigi. Hahah. Itu yang penting...


kalau outdoor dia macam ni. 


Cantik kan kaler dia. soft je. Tak la nampak tua sangat..
 

Lipstik ni juga licin sebab tu dia agak mudah diratakan dibibir.ekali oles je dia dah cantik. Pakai lipstik tapi rasa macam tak pakai. Sangat selesa dan kalau ada rezeki ke Watson lagi aku harap ada stock kaler lain lepas ni. 

Harga nya pun tak mahal. Cuma RM29.90.

Korang boleh dapatkan di Watson, Guardian dan shopee pun ada.

/>

Post a Comment

0 Comments