REVIEW DAN SINOPSIS : RRR ( ROUDRAN RANAM RUDHIRAM)

REVIEW DAN SINOPSIS : RRR ( ROUDRAN  RANAM RUDHIRAM) |  Tamil ke, telegu ke, kannada ke apa, layan je la kalau dah best.kan? Aku pun bukan tumpu tengok Tamil je, Telegu pun best tak kurang
hebat jugak. Filem yang ditunggu-tunggu , RRR.




RRR adalah salah satu filem Telegu paling mahal di India. Filem ni dibuat dengan bajet lebih $70 juta dollar. Hari pertama tayangan filem ni kutip $31 juta .
Pelakon : Ram Charan dan Jr NTR. Pelakon yang mempunyai mata yang menawan 

Filem berlatar belakang kan era 20an waktu pemerintahan British. Pengarah filem ni adalah Ss. Rajamouli ,pengarah yang sama untuk filem Baahubali 1 dan 2. Filem ni banyak aksi dan main emosi sebab dia melibatkan 2 sahabat baik yang masing-masing tak tahu masing2 ada tujuan yang berbeza. 


Lagu-lagu dalam filem ni semua best. Muzik latar terbaik
. Best giler tengok Bheem dan Raju menari lagu Naatu Naatu dekat majlis orang Britih tu. Terus teringat Aisywarya dengan Madhuri dalam filem Pardes.

Scene paling best dah tentu la masa lawan harimau dan semua scene lawan-lawan. Dasyat... Bila scene lawan2 tu sedihnya tengok. Bheem mesti rasa Raju kawan yang tak berguna sampai satu tahap dia terpaksa pukul Raju, kita pulak yang rasa sakitnya.. 

Sebelum tengok baca sinopsis dulu .


Sinopsis

Seorang budak perempuan dari puak Gond bernama Malli diambil secara paksa oleh orang British. Orang British mendapat amaran bahawa akan ada seseorang dari puak tersebut akan datang mengambil apa yang sudah dirampas oleh orang British.



Orang British membuat tawaran pada semua tenteranya , jika ada yang dapat menangkap orang tersebut , dia akan diberi ganjaran yang besar. Alluri Sitarama Raju , seorang lelaki india menawarkan diri untuk menangkap lelaki tersebut.


Dalam masa yang sama, Bheem , lelaki yang ingin mengambil semula Malli dan membawanya pulang ke hutan mula rapat dengan Raju tanpa masing2 dari mereka mengetahui niat dan tujuan masing-masing.

Ketika Bheem menyelamatkan Raju yang terkena bisa gigitan ular, baru la dia tahu Bheem adalah lelaki yang dia cari selama ini.

Raju sangat sedih kerana dia tahu dia terpaksa belot pada persahabatan mereka.
Tapi Ram yang selama ini bekerja untuk British sebenarnya mempunyai rancangan besar untuk menjatuhkan British.

Pelakon :


Ram Charan 

Jr NTR

Alia Bhatt

Ajay Devgn

Olivia Morris

Samuthirakani

/>

Post a Comment

0 Comments