REVIEW DAN SINOPSIS : DOCTOR

REVIEW DAN SINOPSIS : DOCTOR | Aku try cari link review filem Doctor nak letak kat post sebelum ni tapi tak de, Rupanya aku tak review lagi pun filem tu. Filem ni tahun 2021 punya. Filem yang dapat pujian ramai . 




Filem tamil thriller dan dark comedy paling berjaya. Kutipan nya cecah 100 crore rupee dalam masa 25 hari saja. Dekat Amerika pun filem ni mengatasi filem Vijay.
Hebat,kan?

Lakonan Sivakarthikey, Priyanka Mohan dan ramai lagi. Memula dulu ingatkan ni filem medik. Rupanya jauh meleset. Dah la kelakar nak mati. Aku paling ingat scene kelakar paling tak tahan ialah scene dalam train.


Scene ni jugak dah ramai youtuber ambik buat content reaction sebab ramai yang suka scene ni.

Selain pelakon-pelakon yang membawa watak diaorang dengan baik, jalan cerita filem ni juga layak diberi pujian. Memang lain dari yang lain. 

Dari putus tunang tiba-tiba je sepakat satu family jadi penculik. Filem wajib tonton. Tak rugi habis 2 jam setengah untuk film ni.


Sinopsis Doctor


Dr Varun seorang doktor tentera yang bertugas di kem tentera. Dia seorang yang tegas dan dilabel sebagai tidak mempunyai emosi oleh tunangnya. Disebabkan itu tunangnya , Padmini meminta untuk memutuskan pertunangan.

Selepas berbincang , Varun duduk minum teh dikedai luar rumah bekas tunangnya. Tiba-tiba dia melihat kekecohan dihadapan rumah Padmini. Rupanya anak saudara Padmini tidak pulang kerumah seleps waktu persekolahan.




Varun menghulurkan bantuan menghantar keluarga Padmini ke sekolah. Malangnya pihak sekolah tidak mahu bertanggung jawab. mereka pun bergegas membuat laporan di balai polis.


Menurut salah seorang pagawai polis disitu kanak-kanak itu tidak akan ditemui kerana mereka mempunya 400 kes yang sama yang masih belum diselesaikan.
Kecewa dengan kenyataan tersebut Varun dan keluarga Padmini merancang untuk menculik anak kolenel tentera agar mereka dapat menyelamatkan anak saudara Padmini. 

Penculikan tersebut membawa mereka kepada beberapa orang yang mempunyai kaitan dengan kehilangan anak saudara Padmini.

Berbagai perkara lucu, sedih dan menakutkan dialami keluarga ini.

Pelakon


Sivakarthikey

Priyanka Mohan

Vinay Rai

Redin Kingsley

Archana Chandhoke

Yogi Babu

Milind Soman

Shiva Aravind

Deepa Shankar


Catat Ulasan

0 Ulasan