REVIEW DAN SINOPSIS : BEAST

REVIEW DAN SINOPSIS : BEASTFilem tamil lakonan Thalapathy Vijay dan Pooja Hegde yang ditunggu-tunggu untuk tahun 2022. Filem ni disiarkan pada April lalu dan dapat maklum balas yang baik walaupun ada juga yang mengkritik filem ni. Kita pun susah nak jangka penerimaan orang lain untuk sesebuah filem. Tapi bagi aku untuk sebuah filem tamil, filem ni best.




Aku suka kalau filem tamil tu kekal yang ianya adalah sebuah filem tamil. Tak perlu nak ubah jadi macam filem hollywood sebab filem tamil ada identiti sendiri. Lagipun aku bukan penggemar filem hollywood dan aku percaya ramai je orang macam aku. Kalau kami nak tengok filem hollywood buat apa kami tengok filem tamil. Kan?

Mungkin yang mengkritik rasa filem hollywood lebih hebat dan filem tamil patut ikut macam hollywood. Tapi bagi aku tak perlu .

Berbalik kepada filem ni , aku sangat suka dengan muzik latar filem ni. Tak mengganggu babak dan dialog yang dilontarkan pelakon. Pemilihan lagu-lagu pun sangat best dan sesuai .Lagu dihujung filem pun best dan berwarna wani. sedap mata memandang.

Tapi aku paling suka lagu masa majlis perkahwinan tu. meriah bak hang.Dah la herion lawa.Baju pun lawa. Tarian pun lawaa. 

Pelakon-pelakon pun best. dan aku sangat suka dengan watak yang dipegang oleh pelawak VTV Ganesh. Seorang bos dan ayah yang memahami keadaan sekeling. Gaya percakapan nya tu yang best dan tak kering gusi.  Selain tu pelawak-pelawak lain macam Yogi dan Redin juga menghiburkan.



Boleh dikatakan semua watak dalam filem ni best dan buat filem ni menghiburkan. Aku memang suka kebanyakan filem2 hasil dari Nelson Dilipkumar. Salah satunya filem Doctor. Bagi aku dia ni kreatif orang nya dalam menghasilkan filem genre dark comedy. 

30 minit awal filem Beast memang tak menghampakan. Tak boring , buat kita terus tonton sampai ke akhir. 

Aksi dalam filem ni juga bagi aku memang terbaik. Dari tembak menembak sampai aksi tumbuk menumbuk , aku bagi 8\10. Cuma babak 15 minit akhir filem ni dalam jet pesawat tu saja bagi aku macam tak perlu dan nampak melebih-lebih sangat. Tapi ok la.. Boleh diterima pakai jugak la.

Sinopsis Beast

Beast mengisahkan Veeraraghavan seorang  tentera perisik yang pernah ditugaskan untuk misi di Kashmir. Selepas berhenti dari menjadi tentera akibat terbunuh sseorang kanak-kanak , Veera berhenti dari menjadi tentera dan menjalani rawatan merawat trauma. 


Dia kemudian nya mengenali Preethi, seorang gadis cantik disebuah majlis perkahwinan. Preethi menawarkan pekerjaan di agensi keselamatan kepada Veera dan dalam satu tugasan dia dikehendaki mengikut ketua mereka ke sebuah pusat membeli belah, East Mall.

Tiba-tiba satu kumpulan pengganas dari Pakistan telah menawan semua pengunjung didalam pusat membeli belah tersebut dan menjadikan mereka sebagai tebusan. 

Veera, Preethi dan beberapa orang orang pengunjung berjaya bersembunyi. Ketika bersembunyi Veera mendapat panggilan telefon dari pegawai polis dan meminta bantuan dari Veera untuk menyelamatkan keadaan memandangkan Veera pernah mempunyai misi menangkap ketua pengganas yang sama di kashmir.

Pada awalnya Veera tidak mengendahkan arahan tersebut namun ketika melihat seorang kanak-kanak menangis apabila ditangkap seorang pengganas Veera keluar dari persembunyian dan ingin memastikan kali ini misinya berjaya.



Pelakon

Thalapathy Vijay

Pooja Hegde

Selvaraghavan

VTV Ganesh

Shaji Chen

Aparna Das

Sunil Reddy

Shiva Arvind

Lillliput

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan